Pewarna natural naikkan seri apam buah naga, nak buat cuma guna 3 bahan
KALAU anak suka makan apam, anda patut cuba buat versi buah naga untuk mencipta kelainanan.
Bahan digunakan cukup ringkas, malah hanya perlukan tiga bahan utama sebelum dibakar menggunakan 'air fryer'.
Seorang ibu berkongsi resipi mudah untuk menghasilkan pencuci mulut dengan pemanis asli ini hanya menggunakan tiga bahan.
Bukan saja lembut dan gebu, warna kemerahan apam ini juga mampu menarik perhatian si comel.
"Apam buah naga disajikan untuk anak berjaya. Tekstur lebih baik dan anak saya mampu habiskan satu adunan terus. Saya baru ingat nak simpan sedikit," katanya.
Jadi, kaum ibu boleh cuba menyediakan apam ini dan menikmati keenakan rasanya.
Selain menggunakan 'air fryer, apam ini juga boleh dikukus.

Bahan-bahan
- 1/2 biji buah naga
- 1 biji telur
- 3 sudu besar tepung beras
MENARIK DIBACA: Jemur dulu cendawan kalau mahu vitamin D ekstra, jimat wang beli suplemen
MENARIK DIBACA: Mantap cendawan goreng petai, aromanya buat perut kenyang jadi lapar
Langkah penyediaan
- Masukkan buah naga dan telur ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan masukkan tepung beras.
- Gaul sehingga semua bahan sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair.
- Tuang adunan ke dalam acuan silikon yang sesuai digunakan dalam 'air fryer'.
- Masukkan ke dalam 'air fryer' dan masak pada suhu 160 darjah Celsius kira-kira 10 minit.
- Cucuk apam dengan pencungkil gigi dan jika ia keluar bersih, tandanya apam sudah masak.