info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Enaknya siakap rebus cili kering, tak stres amal diet sebab ada 'rasa Melayu'

Lead Image

MENU diet atau ‘eat clean’ cukup sinonim denganhidangan barat seperti salad, oat atau ayam panggang.

Hakikatnya banyak juga menu tempatan dengan rasa 'lebih Melayu' yang boleh dijadikan makanan sihat dan seimbang.

Menerusi hantaran@zura_mustapa, resipi siakap rebus cili kering yang dikongsibukan sahaja menyelerakanmalah menerbitkanaroma herba sekali gusmenaikkan lagi rasa hidangan.

“Menu 'eat clean' versi Malaysia ni memang sedap sangat. Penuh aroma, tak adahanyir ikan pun. Tinggi protein, berat konsisten turun,” kongsinya.

Penggunaan daun kemangi dalam hidangan ini bukan sahaja menghasilkan aroma segar, malah herba itu turut mengandungi vitamin, mineral serta sebatian antioksidan.

Perkongsian resipi menerusi laman Threads.

Bahan-bahan

  • Sebiji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 5 batang cili kering
  • Cuka
  • Daun limau purut
  • Daun kemangi
  • Serbuk perasa cendawan
  • Serbuk bawang
  • Kicap seafood
  • Minyak bijan
  • Serbuk cili
  • Limau nipis
  • Ikan siakap

MENARIK DIBACA:Muak dengan menu telur rebus ketika diet? Cuba campur tuna dan yogurt, pasti berselera

MENARIK DIBACA:Menu diet ayam rebus pedas tak guna minyak! Enak, boleh makan dengan senang hati

Cara penyediaan

  1. Didihkan air bersama tomato, bawang putih, bawang merah dan serai.
  2. Apabila air sudah mendidih, masukkan cili kering dan tutup kuali.
  3. Biarkan sehingga bahan-bahan tersebut masak sebelum masukkan ikan siakap yang sudah dicuci bersih menggunakan cuka.
  4. Masukkan daun limau purut dan daun kemangi.
  5. Perasakan dengan serbuk perasa cendawan, serbuk bawang, kicap seafood dan minyak bijan. Biarkan sehingga kuah kembali mendidih.
  6. Kemudian, masukkan serbuk cili dan perahkan limau nipis.
  7. Akhir sekali, tutup api dan hidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Cuma guna 'air fryer'... Kacang dalam tin boleh diubah jadi snek rangup, pedas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Aunty India kongsi resipi bendi goreng 'crispy', sekali cuba suami isteri terus ketagih!

Terhangat