info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Beras dan cili sangai rahsia sup daging Thai enak lain macam

Lead Image

SIAPA yang pernah menikmati sup daging Thai pasti sukar melupakan rasa pedas, masam dan aroma herba yang cukup menyelerakan.

Kini, tak perlu bercuti ke Thailand semata-mata untuk menikmatinya kerana hidangan ini boleh disediakan sendiri di rumah.

Menerusi perkongsian pempengaruh, Che Sayang, resipi Tom Saab ini bukan sahaja mudah dihasilkan, malah menggunakan bahan-bahan ringkas yang sedia ada di dapur rumah.

Keistimewaan Tom Saab terletak pada gabungan rasa pedas daripada cili, masam daripada limau nipis serta haruman serai, lengkuas dan daun limau purut yang meresap ke dalam kuah sup daging.

Keistimewaan Tom Saab terletak pada gabungan rasa pedas cili, masam haruman serai, lengkuas dan daun limau.

Bahan-bahan

  • 1 1/2kg daging bersama tulang
  • 1/2 cawan beras
  • Beberapa tangkai cili kering
  • 4 akar ketumbar
  • 2 inci lengkuas (dihiris)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa
  • 6 tangkai cili padi merah
  • Cili flakes secukupnya
  • 1 botol kecil sos ikan Thai
  • 1 biji tomato (dipotong)
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Limau nipis secukupnya

MENARIK DIBACA: Atikah Suhaime masak sup ekor resipi arwah datuk, ada memori di sebalik sajian - "Semakin hari makin masin"

MENARIK DIBACA: Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"

Cara penyediaan

  1. Rebus daging bersama tulang selama kira-kira sejam atau sehingga empuk.
  2. Sementara itu, sangai beras bersama beberapa tangkai cili kering sehingga naik bau.
  3. Setelah daging empuk, masukkan akar ketumbar, lengkuas, serai, daun limau purut dan bawang Holland.
  4. Tambahkan pes asam jawa dan biarkan kuah terus mereneh.
  5. Masukkan cili padi merah bersama cili kering yang telah disangai.
  6. Masukkan cili flakes mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  7. Tumbuk kasar beras yang telah disangai, kemudian masukkan ke dalam sup dan kacau hingga sebati.
  8. Tuangkan sos ikan Thai, kemudian masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar.
  9. Tutup api dan akhir sekali perahkan limau nipis mengikut tahap masam yang digemari.
  10. Sedia dihidangkan ketika masih panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

[V] Pernah kerja restoran Thai, wanita 'spill' cara buat tomyam sotong santan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Ayam sos tiram Thai nampak ringkas, sekali cuba pasti minta nasi tambah

Terhangat