[V] MK K-Clique puji air tangan isteri, mengaku baru belajar makan ulam lepas kahwin
SELEPAS tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, penyanyi dan pelakon MK K-Clique bersyukur dikurniakan seorang suri hati yang bertanggungjawab serta handal di dapur.
Muhammad Hairi Amin Hamdan memuji isterinya sebagai seorang yang cepat belajar, apabila mampu menyediakan masakan kegemarannya, persis air tangan ibunya di Sabah.
Beberapa menu kegemarannya termasuklah sambal mangga, ikan bilis masak lada putih, ayam masak merah serta kurma ayam.
Pada masa sama, penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun itu turut berkongsi bahawa dia kini mula mengamalkan pengambilan ulam-ulaman selepas diajar oleh isteri tercinta demi menjaga kesihatan.
TONTON VIDEO PENUH