[V] Yong tau fu 'legend' tengah KL sedap macam 40 tahun dulu! Penuh pinggan, harga tak 'menekan'
MASIH ada lagikah yong tau fu dijual pada harga mesra poket dengan rasa dan 'portion' tak mengecewakan?
Bayangkan anda menggigit tauhu yang kenyal-lembut bersama kuah panas, memang nikmatnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Port Singgah Makan Kuali kali ni memang murah gila kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.
Pendek kata, memang berbaloi dari segi kuantiti dan rasa.

Bayangkan dengan hanya berbelanja RM10.50, anda dah boleh menikmati hidangan lengkap dengan lima pilihan bahan iaitu fucuk, sosej, tofu keju, 'fish cake' dan sayur kangkung.
Memang puas hati, kenyang dan langsung tak rasa membazir.
MENARIK DIBACA:Cara buat donat lembut, gebu macam kapas... Tak perlu uli doh, tak guna telur
MENARIK DIBACA: Peniaga kecewa 'runner' bawa kuih 'bersiar-siar', akhirnya rosak! Perjalanan 20 minit jadi 3 jam
Yong Tau Fu Kampung Pandan ini bukan calang-calang tempat dengan usia operasinya lebih 40 tahun.
Disebabkan dah berstatus 'otai' semestinyalah rasanya kekal konsisten dan jadi kegemaran ramai.
Port 'legend' macam ni biasanya ada rahsia keenakan tersendiri yang buatkan pelanggan terpanggil untuk datang semula.

Paling best makan di sini sebab ada banyak pilihan bahan dan boleh pilih ikut selera kita dari tauhu, sayur, 'fish ball', isi ketam, sotong dan banyak lagi.
Bukan setakat itu, anda boleh pilih sama ada mahu makan dengan kuah sup panas yang menyegarkan atau versi kering dengan sos yang lebih pekat.
Apa yang pasti, dua-dua pun ada peminat tersendiri.
Mengenai kuah sup di Yong Tau Fu Kampung Pandan ini, rasanya cukup ringan dan sedap sesuai untuk dihirup ketika masih panas.
Kalau ambil versi kering pula, sosnya tak kurang padu.

Kebanyakan yang datang ke sini merupakan pelanggan setia sejak sekian lama kerana sudah tahu tentang harganya yang tak 'menekan', rasa konsisten dan 'portion' yang memuaskan.
Tapi jangan panik bila tengok ramai pelanggan beratur panjang sebab servisnya tetap cepat dan tak perlu tunggu lama pun.
Tempat ini memang sesuai untuk lepak santai lepas balik kerja bersama kawan-kawan dan keluarga.
Nak makan yang simple, sedap dan memuaskan, Yong Tau Foo Kg Pandan ini memang wajib masuk dalam senarai Singgah Makan.
Lokasi: Yong Tau Foo, 4, Jalan Thaver, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari hingga 8 malam), tutup Jumaat