Dapat inspirasi ketika melancong, Sid Murshid cipta resipi nasi Arab 'rasa Malaysia' istimewa Ramadan
BAGI meraikan kedatangan Ramadan, Secret Recipe memperkenalkan menu baharu iaitu nasi Arab hasil kolaborasi bersama influencer masakan Sid Murshid.
Sajian Timur Tengah ini merupakan cetusan idea Sid atau nama sebenarnya Murshid Mahmud, 32, selepas pulang dari percutian ke Arab Saudi beberapa bulan lalu.
Di sana, dia berpeluang merasai hidangan nasi Arab autentik dan selepas pulang, resipinya diolah semula mengikut selera masyarakat tempatan.
"Inspirasi untuk nasi Arab ini tercetus selepas saya melancong ke Arab Saudi dua bulan lalu.

"Di sana saya dapat rasa macam-macam jenis nasi Arab dan ada satu restoran yang memang sangat sedap.
"Dari situ, saya cuba interpretasikan pengalaman tersebut dalam hidangan ini,” katanya kepada Kuali.
Sid berkongsi perkara itu ketika preview menu Ramadan Secret Recipe Chef Sid's Nasi Arab di Petaling Jaya pada Khamis lalu.
Koleksi istimewa ini menampilkan dua pilihan hidangan iaitu Nasi Arab Ayam Chef Sid dan Nasi Arab Kambing Chef Sid.
MENARIK DIBACA: [V] Sekali gigit terus jatuh cinta! Murtabak Singapore isi tebal, melimpah
MENARIK DIBACA: [V] Macam makan dekat Bali, restoran ini kena masuk ‘list’ kalau ke Putrajaya
Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah perbezaan rasa serta kualiti hidangan terutamanya dari segi 'gravy' dan nasi.
Kata Sid, kebanyakan nasi Arab di pasaran biasanya dihidangkan tanpa 'gravy', menyebabkan teksturnya agak kering dan kurang mesra dengan selera masyarakat Malaysia.
"Apa yang membezakan nasi Arab ini dengan yang lain adalah 'gravy' yang kita buat yang tiada kat kedai lain.
"Untuk nasi pula, saya tambahkan kelembutan dengan gunakan ghee atau minyak sapi supaya lebih lembap dan gebu.

"Disebabkan pelanggan Secret Recipe kebanyakannya berkeluarga, saya cuba hasilkan resipi yang menepati selera setiap lapisan umur dan masyarakat," ujarnya.
Dari segi harga, Sid memaklumkan Nasi Arab Lamb Shank ditawarkan pada harga RM59.90 sepinggan, disifatkannya sangat berpatutan setanding kualiti hidangan yang disajikan.
"Bagi saya, harga lamb shank yang ditawarkan sangat berpatutan setanding dengan kualiti hidangan. Saiznya pun besar dan memang sesuai dimakan berdua,” katanya.
Selain Nasi Arab, ada juga seleksi minuman dan kek istimewa iaitu Golden Sweet Corn (RM6), Bandung Soda Float (RM7.50) dan Choco Pistachio Kunafa Brownies.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan menu baharu ini di outlet Secret Recipe terpilih bermula 15 Februari.
