‘Iftar Mubarak Platter’ sajian semi bufet tanpa had di Me'nate
KONSEP 'sharing platter' restoran daging premium Me'Nate Steak Hub memberi peluang kepada pelanggan berkongsi hidangan berbuka puasa menerusi konsep 'sharing platter'.
Iftar Mubarak Platter direka khas untuk menawarkan pengalaman yang direka khas untuk dinikmati bersama keluarga, pasangan dan rakan-rakan.
Sajian utama yang dihidangkan untuk minimum 2 orang termasuk tomato pilaf rice, BBQ beef ribs, lamb shank tulang merah dan harissa chicken drumstick.
Lebih menarik, pelanggan dine-in turut mendapat akses tanpa had ke semi bufet Me'nate sepanjang tempoh promosi Ramadan dengan harga berpatutan.
Semi bufet tanpa had pula menghidangkan makanan seperti pasta, mi kari, nasi goreng, aneka kuih muih tradisional, manisan, buah-buahan segar, salad kurma dan kekacang.
Bagi yang membuat tempahan early bird sehingga 18 Februari 2026, dapat menikmati harga istimewa iaitu RM84.90/pax nett (dewasa) dan RM42.40/pax nett (kanak-kanak 6-12 tahun).
Manakala harga normal dikenakan RM99.90/pax nett (dewasa) dan RM49.90/pax nett (kanak-kanak 6-12 tahun).
Untuk tempahan boleh menghubungi no telefon 03-4141 9133 atau WhatsApp: 011-5555 8448 / 019-356 8321
Pelanggan boleh juga menghantar emel untuk tempahan di menatemarketing@gmail.com atau dalam talian di linktr.ee/menateofficial
Lokasi: Me'Nate Steak Hub (Seluruh Malaysia)
Waktu operasi: (Setiap hari) 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Tonton video penuh di YouTube Kuali.
