Berbuka di 10Binjai tampil menu bufet tradisi, ubat kerinduan masakan kampung halaman
BULAN Ramadan kali ini, bagi yang mencari pengalaman berbuka menyatukan rasa tradisi dan suasana santai, bufet di Perdana Kuala Lumpur City Centre pasti memikat selera.
Bertemakan “Iftar dengan Cita Rasa Tradisi”, bufet ini menyajikan hidangan kampung klasik yang diolah dengan sentuhan moden untuk pengalaman berbeza.
Bertempat di 10Binjai, pengunjung boleh menikmati bufet Ramadan yang berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026.
Antara menu menarik yang wajib dicuba termasuk Kambing Golek Bakar, Ayam Bakar Percik Utara, dan Gulai Daging Kawah Nangka Muda.
Untuk peminat sup, terdapat pilihan seperti sup gearbox, urat, dan isi ayam, semuanya dimasak dengan penuh aroma dan kepekatan rasa yang autentik.
Bufet kerabu juga menjadi tumpuan kerana menampilkan pelbagai jenis kerabu tradisional yang segar dan penuh rasa.
MENARIK DIBACA: ‘Iftar Mubarak Platter’ sajian semi bufet tanpa had di Me'nate
MENARIK DIBACA: [V] Macam makan dekat Bali, restoran ini kena masuk ‘list’ kalau ke Putrajaya
Harga bufet sangat berbaloi dengan baucar awal RM99 untuk dewasa (sehingga 15 Februari 2026), manakala harga biasa ialah RM129.
Warga emas dan kanak-kanak pula boleh menikmati bufet pada harga RM59 sahaja, menjadikannya pilihan yang mesra semua golongan.
Untuk tempahan, pengunjung boleh menghubungi 03-7490 3333 atau ke laman web Perdanahotel.com
Lokasi: 10Binjai Restaurant, Perdana Kuala Lumpur City Centre
Waktu operasi: 6:30 petang hingga 10:30 malam
Tonton video penuh di YouTube Kuali.
