KUALI | Sajian Restoran

[V] Santai hirup kopi di tepi sungai, tempat lepak ideal hilangkan lelah

Lead Image

DALAM kesibukan menjalani rutin harian yang padat, ada masanya cuma nak lari sekejap dari hiruk-pikuk kota untuk menenangkan fikiran sambil menikmati hidangan menyelerakan.

Bagi warga Lembah Klang – tak perlu memandu jauh untuk mendapat ketenangan itu sebab anda boleh ke Kampung Warisan di Taman Melawati Kuala Lumpur.

Terletak di tepi sungai tenang dan nyaman, kafe Barista Kopi & Keju menawarkan suasana lepak dan makan santai. 

Sajian Barat dihidangkan menjamin kepuasan selera.

Suasana semula jadi dengan angin sepoi-sepoi, bunyi air sungai mengalir ditambah pemandangan hijau, sesiapa pun pasti terasa damai jika menghabiskan waktu di sini.

Sambil lepak boleh rasai sendiri gabungan aroma hangat espresso premium pekat padu atau kesejukan Spanish Latte dapat membantu mengembalikan tenaga. 

Penggemar matcha patut mencuba strawberi matcha ais yang menyatukan rasa manis, masam dan pahit daripada serbuk matcha memang sedap. 

Minuman itu enak dinikmati bersama sepinggan kambing panggang menggunakan rempah ratus segar dan daging lembut dalam setiap gigitan. 

MENARIK DIBACA: Rambang mata tengok pastri di Chef Kecik Boulangerie, croissant cicah coklat panas buat ramai jatuh hati 

MENARIK DIBACA: [V]‘Tudiaaa’ banjir pinggan kuah nasi kandar, padu makan sampai licin

Boleh juga cuba chicken chop isi ayam rangup di luar lembut di dalam, dipadukan dengan coleslow segar mahupun sekadar kudap-kudapan kentang goreng sambil melayan suasana. 

Jika spageti pilihan hati, aglio oglio atau carbonara juga layak diberi pujian kerana rasanya yang seimbang tak tidak muak.

Kafe itu turut menyajikan pilihan ramen terdiri daripada bebola daging atau bersama chicken chop dan kambing panggang berbeza dari kebiasaannya. 

Bukan itu sahaja, pada hujung minggu anda yang datang pada sesi pagi akan disajikan dengan pilihan sarapan berkonsepkan kampung seperti lempeng dan nasi lemak dimasak gaya rumah.

Suasana tenang, sesuai dijadikan lokasi melepak dengan keluarga.

Jadi, dengan adanya tarikan cita rasa tempatan dan moden, kafe itu layak mendapat tempat dalam kalangan individu mencari lokasi lepak melepaskan penat selepas rutin harian sesak.

Alamat: Barista Kopi & Keju, Kg. Warisan, Taman Melawati, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa hingga Jumaat, 3 petang hingga 2 pagi manakala Sabtu dan Ahad, 9 pagi hingga 2 pagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] Aromanya cukup buat perut berbunyi, kayu pokok rambutan rahsia daging salai sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

[V]‘Tudiaaa’ banjir pinggan kuah nasi kandar, padu makan sampai licin

Terhangat