KUALI | Sajian Restoran

Rambang mata tengok pastri di Chef Kecik Boulangerie, croissant cicah coklat panas buat ramai jatuh hati 

Lead Image

JIKA anda peminat pastri, Kafe Chef Kecik Boulangerie pasti akan membuatkan anda jatuh hati.

Terletak di Kajang, kafe ini terkenal dengan pilihan pastri, kek dan pencuci mulut yang dibuat segar setiap hari.

Pastri disini bukan sahaja cantik dipandang tetapi ia juga menyentuh citarasa dengan gabungan elemen Perancis dan sentuhan tempatan.

Croissant dihidangkan bersama coklat panas dan whipping cream.

Daripada croissant, scones hinggalah ke pain au chocolat, setiap suapan terasa seperti anda sedang menikmati pastri di kafe kecil yang tenang di tengah kota Paris.

Antara menu popular di sini ialah CK Set, kombinasi croissant yang baru dibakar, disajikan bersama semangkuk coklat panas dan whipping cream.

Apa yang membuatkannya istimewa? Tekstur croissant yang 'flakey', dengan lapisan luar rangup dan berderai, manakala bahagian dalamnya pula lembut dan gebu, cukup memberikan kepuasan dalam setiap suapan.

MENARIK DIBACA: [V] Dari jauh baunya menusuk hidung, sup rawon Kak Nita guna tulang lembu dan tetel bangkit aroma

MENARIK DIBACA: Guna resipi turun temurun, rahsia kedai Sate Padang Pak Saf penuh pelanggan

Apabila dicelup ke dalam coklat panas yang sedikit pahit, rasa setiap suapan menjadi seimbang dan tak terlalu manis.

Whipping cream pula bukan sekadar pelengkap, ia menambahkan rasa lemak manis apabila digabungkan dengan coklat panas.

Bukan itu sahaja, kafe ini turut menyajikan cromboloni pistachio yang mempunyai tekstur mirip croissant iaitu berlapis, rangup di luar dan lembut di dalam.

Cromboloni dan kek gula Melaka antara pencuci mulut yang menjadi pilihan pelanggan.

Tapi yang membezakan ialah inti dan topping sos pistachio yang pekat, kaya dengan rasa dan wangi.

Setiap gigitan buat anda terasa kenikmatan pistachio sebenar yang tidak terlalu manis, cukup lemak dan seimbang. Inti sos melimpah dari dalam, menambah keenakan pada setiap lapisan pastri.

Selain itu, menu pencuci mulut yang unik dan mesra selera tempatan yang patut anda cuba ialah kek gula melaka. 

Kafe ini menjual anek jenis pastri yang menyelerakan.

Bila dimakan, rasanya mengingatkan kita pada kuih onde-onde, tetapi diolah dalam versi kek yang lebih moden.

Setiap lapisan sponge kek pandan yang moist dan wangi diselit dengan krim halus termasuk krim khas berperisa gula melaka yang lemak manis dan aromatik.

Gabungan rasa pandan, santan dan gula melaka menjadikan kek ini bukan sekadar pencuci mulut, tetapi satu hidangan yang membangkitkan nostalgia kuih tradisional dengan sentuhan moden.

Kafe ini terletak di Kajang dan sentiasa penuh dengan kehadiran pengunjung.

Kafe ini bukan sahaja menyajikan aneka pastri dan pencuci mulut, anda juga boleh menikmati hidangan berat seperti nasi lemak, pasta dan laksa johor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 012-592 2089

Lokasi: Se.Duduk Square, Jalan Kajang Villa, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu Operasi: 8 am - 7 pm (buka setiap hari)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

Saiz ayam besar dan puas makan, harga pula cukup berpatutan 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

Sampai ralit menyedut sumsum dibuatnya, ini lokasi rahsia di KL jual sup tulang merah Singapura

Terhangat