KUALI | Sajian Restoran

Sampai ralit menyedut sumsum dibuatnya, ini lokasi rahsia di KL jual sup tulang merah Singapura

Lead Image

MEMANG susah hendak mencari restoran yang menyajikan sup tulang merah iaitu hidangan ikonik asal Singapura.

Jika ada pun rasanya tidak 'kick' seperti mana makan di beberapa restoran popular di Singapura seperti di Mami Fasha Bistro, Putraamyrul, Saboroso Kitchen, dan Nasi Ayam Abang Wan.

Dikenali kerana kemewahan kuah merah pekat persis gulai menggabungkan manis, pedas dan masam, cara makan ‘hands‑on’ mendapatkan sumsum guna straw atau ketuk juga menarik tumpuan. 

Tapi tak payah bimbang sebab sajian nostalgia sejak 60 tahun lalu itu kini boleh didapati di tengah Kuala Lumpur – dan paling penting sedap di Sakinah Bistro yang terletak di Setiawangsa.

Penggunaan rempah ratus segar menguatkan lagi aroma sup merah.

Turut dikenali sebagai sup merah, hidangan warisan itu berbeza dari sup tulang biasa kerana bahan-bahan masakan digunakan seperti cili kering dan tomato puri untuk mendapatkan warna merah memikat. 

Penggunaan rempah ratus segar seperti bunga lawang, kayu manis, biji ketumbar dan jintan menguatkan lagi aroma sup merah itu.

Proses memasak sup tulang kambing atau lembu berjam-jam lamanya juga membuatkan sup terhasil menawarkan warna merahnya pekat dan menggoda. 

Berbeza dengan sup tulang biasa,kuahnya jernih terhasil daripada rebusan tulang dan rempah ringan menggunakan bahan seperti bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis.

MENARIK DIBACA: Guna resipi turun temurun, rahsia kedai Sate Padang Pak Saf penuh pelanggan

MENARIK DIBACA: Kulinari warisan sentuhan ATAS memikat selera, rendang tok rusuk lembu serlah sajian klasik

Kadang-kadang dicampur kentang, lobak merah, daun sup dan bawang goreng.

Jika berada di Singapura, tulang diketuk menggunakan sudu untuk mengeluarkan sumsum yang memberikan rasa kompleks antara berlemak dan harum seolah mentega dipanaskan.

Namun berbeza di sini, sumsum disedut menggunakan straw dan sup enak dinikmati begitu sahaja bersama roti paun bakar untuk serapan kuah menyuruh atau nasi hangat.

Selain sup merah, Sakinah Bistro juga menghimpunkan gerai makanan menarik untuk dicuba.

Tarikan lain disediakan di Sakinah Bistro, Setiawangsa.

Antaranya tarikan lain tersedia adalah gerai Roti Canai Kari Kambing Berhantu; Mee Bandung Udang; Satay Padang dan Nasi Lemak Ayam Crispy. 

Lokasi: Suite D-0-11, Taman Setiawangsa, Setiawangsa Business Centre, Setiawangsa, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 11 pagi hingga 11 malam

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

Rambang mata tengok pastri di Chef Kecik Boulangerie, croissant cicah coklat panas buat ramai jatuh hati 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

[V] ‘Port’ makan wajib di Ipoh, Miker Food destinasi pilihan kaki ‘food hunting’

Terhangat