[V] ‘Port’ makan wajib di Ipoh, Miker Food destinasi pilihan kaki ‘food hunting’

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, Ipoh, Perak mula menjadi tumpuan pengunjung sebagai destinasi percutian hujung minggu.
Tidak hanya pengunjung tempatan, Ipoh juga mula dibanjiri pelancong luar negara yang taksub dengan keindahan bandaraya bersejarah itu.
Ipoh bukan sahaja kaya dengan warisan dan 'vibe' bandar lama yang tenang tetapi kulinarinya yang pelbagai turut menarik pelancong melawat negeri ini.

Maka tidak hairanlah ia menjadi tumpuan kaki 'food hunting' yang ingin mencuba pelbagai makanan popular di Ipoh seperti white coffee, ayam taugeh, mi kicap dan sebagainya.
Selain melakukan cafe hopping di kawasan Pekan Lama, Ipoh yang mempunyai banyak kafe menarik yang dibuka di bangunan lama dan berkarakter.
Alang-alang kalau ke Ipoh, salah satu tempat tumpuan yang boleh dikunjungi sudah semestinya, Miker Food yang terletak di Kinta Riverfront.
Terletak strategik di tepi Sungai Kinta, Miker Food menawarkan suasana santai dan penuh ‘vibes’ menjadikannya lokasi sempurna untuk melepak di waktu malam.

Namun, bukan hanya suasananya yang menarik, keistimewaan utama Miker Food terletak pada makanannya yang pelbagai pilihan dari sajian Barat hinggalah lauk kampung.
Antara menu wajib perlu dicuba ialah pizza buatan tangan kegemaran ramai seperti Pizza Chicken Supreme dan Ultimate Kampung.
Kuali baru-baru ini turut berpeluang mencuba Classic Pizza Hawaiian BBQ dengan doh nipis buatan tangan yang rangup serta topping ayam BBQ, nanas dan keju cair meleleh.

Setiap keping penuh rasa seimbang manis, masin dan sedikit smokey, tak hairanlah ia menjadi ‘Signature Miker’ yang dicari ramai!
Manakala bagi yang mahu merasai piza dengan citarasa tempatan, Ultimate Kampung pilihan paling sesuai.
Selain hirisan tomato, mozzarella, bawang Holland dan pelbagai herba, ia turut ditaburi dengan ikan bilis yang ranggup.
Paling penting, ia turut dilengkapkan dengan cili padi yang membuatkan setiap gigitan terasa lokal.
MENARIK DIBACA: Hanya makanan tempatan dihidangkan di majlis rasmi kerajaan - PM
MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

Kepada penggemar cheese, Cheezy Wedges ini sudah pasti membuatkan anda mahu melahap berkali-kali dek kentang goreng rangup dilimpahi sos cheese pekat, creamy dan lemak berkrim.
Tak kurang juga, Sup Cendawan yang rasanya unik menggabungkan rasa tekstur halus, berkrim dan cukup berlemak menjadi pilhan ramai.
Disajikan pula bersama Garlic bread yang dibakar cukup-cukup masak terasa lembut di dalam mulut menjadikan kombinasi 'simple' tapi sangat mengenyangkan dan memuaskan.

Satu lagi menu wajib dicuba iaitu Fried Chicken Chop. Hidangan ayam yang besar, 'juicy' dan diperap dengan pelbagai rempah beraroma membuatkan terasa pada setiap gigitan.
Walaupun kuahnya kali ini agak cair, tapi masih ada rasa sedap yang tersendiri.
Kalau anda dinikmati bersama hidangan tambahan kentang putar dan coleslaw, boleh terus kenyang sampai malam.
Kepada anda yang tidak mahu makanan western terdapat juga pilihan selera kampung seperti ikan bakar, Nasi kandar, Nasi Goreng Pepporoni dan Nasi Ayam Penyet.

Campuran rasa pedas, masin dan aroma pepporoni membuatkan nasi goreng ini lain dari yang lain.
Bagi anda yang duduk jauh dari Ipoh, Miker Food juga mempunyai outlet di Damansara membolehkan anda merasa keenakan makanan dari Miker tanpa perlu travel jauh.
Lokasi: Lot 10 Riverwalk, Kinta Riverfront, Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: Selasa–Ahad, 4.00 petang–11.00 malam.