KUALI | Sajian Restoran

[V] ‘Ayam Gepuk Kriuk’ buat berpeluh, sekali cuba memang ketagih

Lead Image

MAKANAN asal Indonesia iaitu ayam gepuk semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia yang mencari menu ringkas, sedap dan mengenyangkan.

Setiap set hidangan biasanya disertakan dengan nasi panas, ayam goreng, sayur-sayuran, tempe dan sambal yang membuatkan ramai berpeluh-peluh.

Apa menjadikan ia sering menjadi pilihan, hidangan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Ayam Gepuk Kriuk, memberikan kombinasi rasa tekstur pedas rangup menggoda selera.

Seperti di Restoran Ayam Gepuk Kriuk yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur, bintang utamanya sudah tentu terletak pada ayamnya yang digoreng sehingga kulitnya 'kriuk' rangup namun isinya tetap lembut.

Setiap cubitan ayam bukan sahaja lembut tetapi isinya mudah terlerai daripada tulang. 

Ayamnya diperapkan dengan rempah rahsia yang membangkitkan aroma lazat dalam setiap suapan.

MENARIK DIBACA: Pizzaiolo perkenal piza saiz poket, lebih praktikal tetap mengenyangkan 

MENARIK DIBACA: Saiz ayam besar dan puas makan, harga pula cukup berpatutan 

Maka tidak hairan, ramai yang terkenang-kenang selepas pertama kali mencubanya.

Lebih membuat nafsu membuak-buak, apabila ayam dicalit dengan pilihan sambal yang digiling segar setiap hari.

Bagi pencinta makanan pedas, sambal merah disediakan menggunakan lebih dua jenis cili termasuk cili padi dan cili merah, memberikan kepedasan berapi yang ketagih.

Sayur kobis dan kangkung goreng disajikan rangup turut memikat selera pelanggan.

Jika tak tahan pedas, boleh piih sambal hijau yang sesuai untuk semua, termasuk anak-anak.

Untuk rasa lebih berlemak, sambal gajus premium dikisar halus juga dapat membantu mengurangkan kepedasan mengikut selera.

Hidangan ayam gepuk lebih enak dengan padanan sayur kangkung dan kobis digoreng pada suhu tinggi agar kekal rangup dalam setiap suapan.

Set Ikan Siakap turut disediakan bagi penggemar ikan.

Tambahan tempe dan tauhu, memberikan variasi tekstur dan rasa yang menambah kepuasan apatah lagi mengisi perut yang sedang kosong.

Istimewanya, Ayam Gepuk Kriuk juga tidak melupakan penggemar ikan. Di sini ada juga pilihan set ikan siakap goreng disediakan segar setiap hari.

Dengan saiz ikan siakap besar, tekstur rangup dan isi berjus, plihan set ini menjanjikan kepuasan maksimum.

Tiga pilihan sambal disediakan mengikut kesesuaian tahap kepedasan.

Setiap set dihidangkan di sini juga harganya berpatutan antara RM10 hingga RM15.

Tidak hairanlah ramai pelanggan kembali berulang kali, kerana kombinasi lengkap set hidangan di sini sukar ditemui di restoran lain.

Lokasi: Ayam Gepuk Kriuk, Business Suite, Persiaran Setiawangsa, Setiawangsa, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari bermula 11 pagi hingga 3 pagi

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] Dari Xiao Long Bao ke claypot kari kambing, Deeriang saji masakan Cina Muslim autentik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

[V] Pan Mi di MadChilli buat teringat-ingat, paling best boleh ‘refill’ secara percuma!

Terhangat