KUALI | Trending

Makan seorang diri bukan lagi memalukan, lambang status dan kemewahan

Lead Image

GAYA hidup dan aktiviti seharian yang semakin padat membuatkan ramai memilih makan seorang diri bagi mengejar masa.

Sebelum ini idea duduk di meja seorang diri dilihat seperti janggal atau memalukan tetapi sekarang ia sudah menjadi gaya hidup melambangkan erti berdikari.

Makan secara solo bukan lagi pilihan terakhir, sebaliknya dianggap satu pengalaman bebas dan memuaskan malah menjadi penanda halus kepada status dan kemewahan.

Trend itu sebenarnya sudah diamalkan oleh masyarakat Jepun dikenali sebagai ohitorisma - bermaksud 'parti seorang diri' -  menjadi amalam harian dan bukan perkara memalukan. 

Makan solo dilihat sebagai sesi menghargai diri.

Dianggarkan lebih satu pertiga daripada hampir 53 juta isi rumah di Jepun terdiri daripada individu bujang dan jumlah itu dijangka meningkat hampir 40 peratus menjelang 2040.

Revolusi makan senyap Jepun 

Di Kyoto, Jepun, budaya makan solo sedang berkembang dan mula menembusi dunia eksklusif haute cuisine atau masakan mewah. 

Restoran seperti Hitori, bermaksud 'seorang' telah menjadi simbol kepada revolusi senyap itu.

MENARIK DIBACA: [V] Elly Mazlein tukang masak nombor ‘syatu’, setiap hari ke dapur walaupun sibuk

MENARIK DIBACA: Apa agaknya rasa durian dengan tomyam? ‘Oppa’ kata cicah dengan rendang ayam paling sedap

Malah restoran kaiseki tradisional, dahulu dianggap terlalu formal untuk pelanggan solo kini mula menyesuaikan diri dengan menyediakan tempat duduk di kaunter dan bilik peribadi direka khas untuk tetamu solo. 

Situasi makan pernah dianggap sepi, kini dilihat sebagai sesi menjamu selera sangat elegan malah satu tindakan berani dalam menikmati pengalaman kulinari secara berhemah dan berdikari.

Kebangkitan budaya solo rumah teh Taiwan

Selain itu, kebanyakan rumah teh premium di Taiwan turut menawarkan ruang peribadi buat tetamu solo meluangkan masa menikmati gongfu - sesi membancuh teh secara teliti menggunakan teh berkualiti tinggi.

Sinomim dengan karakter teh, memberi ketenangan kepada pengamal minuman itu, kebanyakkan rumah teh di negara itu menyediakan sudut minuman eksklusif dengan suasana mewah.

Nikmati sesi bersendirian.

Makan solo tingkat kesejahteraan diri

Di tempat lain, kebangkitan budaya makan solo berkait rapat dengan aspek kesejahteraan diri.

Seperti di Seoul, Korea Selatan, kafe minimalis berkonsepkan hanok atau di laman rumah menggalakkan suasana sunyi.

Malah, kafe itu menetapkan zon tiada perbualan untuk penggemar pencuci mulut mencari ketenangan dan kedamaian dengan diri sendiri menerusi makanan.

Perkataan honjok - gabungan antara honja (bersendirian) dan jok (suku) mencerminkan perubahan budaya besar negara itu dengan hampir 35.5 peratus isi rumah pada 2023 terdiri daripada individu bujang. 

Amalan makan seorang diri, dikenali sebagai honbap turut menjadi perkara biasa dan mereka lebih suka makan secara solo seiring gaya hidup bandar serba pantas serta mencari masa peribadi.

Makan dengan tenang di Singapura 

Trend makan solo bahkan diraikan oleh pusat penjaja di Singapura dengan menyediakan meja komuniti bagi individu makan seorang tidak kekok atau perlu berbual dengan orang asing.

Laporan Solo-Dining Trend Guide oleh TableCheck turut mengiktiraf trend itu dan menunjukkan bahawa menyambut tetamu solo bukan sahaja satu strategi bijak tetapi juga menguntungkan kerana lebih efisien dan kurang pembaziran makanan. 

Kebangkitan makan dalam gelap di Bangkok

Bangkok menambah dimensi baharu kepada pengalaman makan seorang diri. 

Di restoran seperti Dine in the Dark (DID) dan Noir, tetamu dibawa ke ruang makan gelap dipandu pelayan buta atau kurang penglihatan. 

Konsep itu bermula di Perancis sekitar 1990-an dan kini mendapat tempat di Asia bagi memberikan menggabungkan rasa ingin tahu, kesejahteraan dan pengalaman deria unik.

Cara itu sangat sesuai untuk pengunjung solo ingin menguji deria rasa mereka tanpa gangguan perbualan ringan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ada sebab orang Kelantan tak makan ikan kekacang, sumpahan dan mitos di sebaliknya buat ramai takut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Video cicak jilat nasi buat ramai nak termuntah, ini sebab mak-mak pesan senduk jangan dibiar terdedah!

Terhangat