Video cicak jilat nasi buat ramai nak termuntah, ini sebab mak-mak pesan senduk jangan dibiar terdedah!
BENARLAH kata orang, nasihat ibu itu kena dengar dan pasti ada sebabnya!
Misalnya, pesanan mak-mak suapaya jangan biarkan senduk nasi terdedah di luar.
Bukan sekadar risau terkena habuk atau kotoran, tapi rupa-rupanya ada juga risiko 'tetamu tak diundang' datang menyinggah.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seekor cicak asyik menjilat nasi pada senduk yang dibiarkan terbuka.
Rakaman ang dikongsi oleh pengguna bernama @Fardhli_Daie itu pantas menarik perhatian netizen memandangkan situasi sedemikian jarang dapat dilihat, apatah lagi dirakam dari jarak dekat.
"Bukan senang wei nak dapat footage ini depan mata. Kalau aku gerak 1 cm saja confirm gagal.
"Siapa tak pernah tengok cicak makan nasi, mai tengok sini!" katanya pada kapsyen.
MENARIK DIBACA: Ada sebab tikus suka menyelinap masuk ke dapur, 5 makanan ini tarik perhatiannya
MENARIK DIBACA: Pelik tapi benar! Kentang ‘anak’ tomato hasil perkahwinan genetik 9 juta tahun lalu
Video tersebut kini meraih 700,000 tontonan sejak dimuat naik pada malam Rabu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat cicak tersebut berselera 'menjilat' nasi.
Namun, ada juga yang meluahkan rasa geli dan seriau membayangkan jika senduk nasi itu digunakan semula tanpa dibasuh.
Bukan itu sahaja, ramai turut memberikan peringatan agar orang ramai sentiasa memastikan makanan dirumah terlindung serta ditutup rapat.

"Sebab itulah mak-mak selalu tegur suruh basuh peralatan sebelum guna walaupun dah basuh.
"Kat rumah memang pantang kalau senduk nasi yang dah guna terdedah macam ni, lepas ambik nasi masuk dalam periuk.
"Hebat boleh rakam sampai dekat macam tu boleh jadi cameraman national geographic ni," komen netizen.