Tiada masalah obesiti, orang utan ada cara diet tersendiri... Bijak cari ‘ubat’ kalau sakit
OBESITI sudah menjadi salah satu masalah kesihatan yang semakin berleluasa dalam kalangan manusia disebabkan gaya hidup yang tidak aktif selain pengambilan makanan berkalori tinggi.
Bagaimanapun di alam semula jadi, obesiti hampir tidak wujud dalam kalangan haiwan liar - termasuklah orang utan, primat besar yang berkongsi kira-kira 97 peratus DNA dengan manusia.
Sebenarnya diet orang utan tidak mengandungi bahan kimia, perisa tiruan dan hanya makan mengikut keperluan yang menyebabkan ia jarang mengalami masalah obesiti.

Gaya hidup orang utan juga berasaskan bahan semula jadi seperti buah liar, daun, kulit kayu dan kadangkala serangga kecil.
Tidak hanya itu, haiwan ini cukup aktif dalam aktiviti seharian yang mendorong ia kekal sihat dan bertenaga.
Perkara ini turut menarik minat pakar dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universitas Gadjah Mada (UGM), Professor Wisnu Nurcahyo, menjalankan kajian terhadap orang utan di Kalimantan, Indonesia.
MENARIK DIBACA: Malunya orang nampak parut kurap dan panau, 4 bahan ini mampu rawat masalah kulit anda
MENARIK DIBACA: Tart rangup sedap bersama susu premium RM3, mesti cuba!
Kajian dikendalikan mendapati haiwan ini mempunyai strategi kelangsungan hidup luar biasa di hutan hujan dengan menyesuaikan ketersediaan makanan dan tahap aktiviti mereka sekali gus mengelakkan obesiti dan penyakit metabolik.
Kongsinya, penyelidikan selama beberapa dekad mengenai orang utan memberikan pengetahuan sangat bernilai bukan sahaja dalam bidang pemuliharaan hidupan liar, tetapi juga kesihatan manusia.
“Orang utan mampu mencari sendiri tumbuhan atau buah-buahan di hutan mempunyai kesan penyembuhan apabila mereka jatuh sakit.

“Gaya hidup orang utan juga memberi inspirasi penting kepada manusia. Dalam sehari, orang utan secara aktif bergerak merentasi kawasan sekitar 5 kilometer persegi.
“Aktiviti fizikal dinamik ini digabungkan dengan diet semula jadi bebas daripada bahan pengawet atau kimia, menjadikan mereka kekal sihat dan cergas," luahnya.
Perkara ini memberi pengajaran penting kepada manusia untuk kekal sihat, kita mungkin perlu mencontohi gaya hidup lebih dekat dengan alam — lebih banyak bergerak, makan makanan semula jadi, dan kurangkan pengambilan makanan yang diproses.