KUALI | Trending

Makan guna tangan terbukti lebih sihat, Universiti Oxford pun buat kajian tentangnya!

Lead Image

MAKAN guna tangan mungkin kedengaran 'kuno' bagi sesetengah orang, tapi manfaatnya terbukti melalui kajian dan pengalaman.

Disamping membantu kesihatan, makan dengan tangan dipercayai dapat mendidik seseorang lebih menghargai makanan - satu langkah kecil namun impaknya besar kepada kesihatan dan kelestarian.

Kajian Universiti Oxford mendapati sentuhan fizikal dengan makanan boleh meningkatkan kepuasan deria, menjadikan ia pengalaman lebih bermakna.

Kajian mendapat makan menggunakan tangan bantu seseorang kunyah lebih perlahan.

Satu lagi kajian diterbitkan dalam Journal of Clinical Nutrition & Dietetics (2023) mendapati individu makan menggunakan tangan cenderung untuk makan lebih perlahan berbanding menggunakan peralatan makan seperti sudu dan garpu.

Menurut pakar pemakanan, antara manfaat utama makan perlahan termasuk membantu mengawal paras gula dalam darah.

Apabila makan dengan perlahan, kadar penyerapan glukosa lebih stabil, mengurangkan risiko lonjakan gula secara mendadak.

MENARIK DIBACA: Terbeban kos sara hidup tinggi, mahasiswa ini terpaksa makan makanan kucing... Dakwa kaya kandungan protein bina otot

MENARIK DIBACA: [V] Boleh buat bekal bercuti ke luar negara, jom cuba resipi sambal tumis campur 4 dalam 1

Makan manggunakan tangan juga membantu sistem penghadaman lebih sihat.

Proses mengunyah lebih teliti membantu enzim dalam perut berfungsi dengan lebih berkesan membantu memberikan rasa kenyang.

Ini kerana otak memerlukan masa sekitar 20 minit untuk menerima isyarat kenang.

Makan perlahan beri masa cukup untuk isyarat sampai, seterusnya mengelakkan pengambilan makanan berlebihan.

Bila makan dengan lebih sedar dan perlahan, seseorang akan lebih menghargai setiap suapan.

Jadi, dalam dunia serba pantas ini, mungkin sudah tiba masanya perlahankan langkah, rasai setiap suapan dan hargai rezeki ada di depan mata.

Bukan sahaja membantu kesihatan, makan guna tangan juga mampu mengurangkan pembaziran dan menjadikan sesi makan lebih bererti.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

“Kalau 10 orang macam ni, bankrap mamu!” – Influencer minta makan free, siap bawa famili ‘pekena’ nasi kandar Penang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tak sah sambutan Deepavali tanpa manisan... Ini 5 juadah pencuci mulut wajib dihidangkan ketika ‘pesta cahaya’

Terhangat