KUALI | Trending

Wanita Mexico masak kuih 'loyang' gergasi, orang Malaysia pakat 'berkampung' dalam 'live'

Lead Image

SEORANG wanita berasal dari Mexico mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila sering membuat siaran langsung di TikTok sambil memasak sejenis kuih.

Apa yang membuatkan rakyat Malaysia teruja, apa yang dimasak itu dikatakan menyerupai kuih loyang atau kuih ros, malah acuan yang digunakan juga sama dengan yang biasa digunakan di Malaysia.

Netizen bukan sekadar berkampung dalam akaun wanita itu semasa dia sedang 'live', mereka juga menamakan dirinya Qalisha.

Netizen Malaysia berkampung di live wanita Mexico itu.

"Tiba-tiba FYP Live ada orang Mexico tengah buat kuih goyang/kuih ros. Tapi kuih dia versi gedabak. Ramai netizen Malaysia 'berkampung' kat sana. 

"Sampai siap beri nama Qalisha kat dia. Dia pun sedar dan terima," tulis seorang pengguna laman Threads.

Berdasarkan tinjauan, siaran langsung itu meraih hampir 2,000 tontonan, dan rata-ratanya adalah rakyat Malaysia dan Indonesia yang turut mempunyai kuih hampir sama dipanggil kembang goyang.

Ramai yang kagum melihat persamaan bentuk dengan kuih loyang malah tidak kurang yang tertanya-tanya bahan-bahan dan rasa kuih tersebut.

"Spill resipi boleh? Teringin nak buat.

MENARIK DIBACA: Wanita guna ‘dark chocolate’ seimbang rasa pedas, katanya masakan jadi lebih berlemak

MENARIK DIBACA: Quesillo mula jadi pilihan, ada beza dengan puding karamel

"Suka tengok orang Mexico masak, ada yang sama macam makanan Melayu," komen netizen.

Bagi yang tidak tahu, kuih tersebut dikenali sebagai Buñuelos de Viento, yang boleh diterjemahkan sebagai 'kuih goreng angin'.

Nama itu merujuk kepada teksturnya yang ringan dan mudah kembang apabila digoreng, seolah-olah diisi angin.

Bahan untuk menghasilkan pastri ini juga agak mirip dengan kuih loyang, iaitu tepung, telur, gula, dan air. 

Komen netizen di media sosial.

Namun, terdapat juga beberapa perbezaan termasuk jenis tepung digunakan yang mana 'Qalisya' menggunakan tepung gandum, bukan tepung beras seperti kuih loyang.

Santan dan bijan juga tiada dalam resipi Buñuelos de Viento.

Untuk memberikan rasa manis yang ringan, kuih itu ditambah dengan esen vanila dan serbuk kayu manis, dan lapisan luarnya disalut dengan sirap gula selepas digoreng, menjadikannya lebih bersinar dan rangup.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Resipi tulisan tangan arwah ibu dorong anak tunggal belajar masak, kini 'pakar' di dapur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Selangor berjaya cipta melon lembut premium, rakyat diajak cadang nama

Terhangat