KUALI | Trending

Selangor berjaya cipta melon lembut premium, rakyat diajak cadang nama

Lead Image

SELAMA ini ramai yang anggap melon premium kebanyakan datang dari Jepun atau Korea.

Hakikatnya, Selangor juga kini mempunyai variasi melon sendiri yang bukan sahaja manis, malah membolehkan petani tempatan menjana pendapatan.

Melon jenis premium iaitu MeloSel dan Sweet Selangor adalah hasil inisaitiF R&D kerajaan negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian.

Izham mengajak orang ramai menyertai peraduan cadang nama rasmi melon Selangor.

Menariknya, satu lagi varieti baharu iaitu melon jenis lembut kini turut berjaya dihasilkan. 

Walaupun sudah berada di pasaran, melon tersebut masih belum mempunyai nama rasmi.

Justeru, Exco Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim membuka satu peraduan khas yang memberi peluang kepada rakyat negeri itu mencadangkan nama yang sesuai. 

Menurutnya, nama yang dipilih perlu unik dan mencerminkan usaha membangunkan varieti melon tempatan.

MENARIK DIBACA: Kerajaan putuskan epal, oren tidak dikenakan SST

MENARIK DIBACA: Bajet 2026 sasar pengapungan harga ayam, kerajaan komited perkukuh industri halal negara

"Saya berpandangan untuk tampil unik, kita perlu ada satu lagi melon jenis lembut yang dibangunkan secara eksklusif untuk Selangor. 

"Alhamdulillah, benih melon lembut itu kini berjaya disiapkan hasil penyelidikan," katanya.

Cadangan boleh dihantar melalui komen atau mesej peribadi di Facebook rasmi (inbox) bermula Khamis (12 Mac) sehingga hujung Syawal.

Melon lembut premium berjaya membantu petani menjana pendapatan.

Sebelum ini, penghasilan melon baharu ini sebahagian usaha untuk memodenkan industri pertanian Selangor selain menaikkan nilai komersial hasil tempatan.

Meskipun mengambil masa dua tahun untuk dihasilkan, MeloSel berjaya menaikkan pendapatan petani apabila dijual sekitar RM15 sekilogram, berbanding RM4 untuk melon biasa.

Kin tanaman melon premium Selangor sedang dijalankan secara komersial di Kampung Endah, Kuala Langat dengan jumlah kira-kira 10,000 pokok bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Wanita Mexico masak kuih 'loyang' gergasi, orang Malaysia pakat 'berkampung' dalam 'live'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Pengunjung Jalan TAR terkedu tengok 2 wanita Muslim warga asing makan secara terbuka, beri alasan uzur

Terhangat