KUALI | Trending

Cadangan tanam sayur oleh Mat Sabu susulan konflik Asia Barat dikritik netizen – “Duduk flat tiada tanah macam mana?”

Lead Image

CADANGAN Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu supaya penjawat awam menanam sayur sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan makanan susulan konflik Asia Barat menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Topik tersebut menjadi perdebatan di platform media sosial terutamanya di laman Threads apabila warga maya berkongsi pandangan masing-masing mengenai cadangan tersebut.

Sebahagian netizen melihat cadangan itu sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan makanan negara namun tidak kurang juga yang melontarkan kritikan.

Inisiatif menanam sayur ini dilihat sebagai langkah proaktif bagi menangani sebarang gangguan bekalan makanan.

“Bila Perdana Menteri suruh berjimat ramai yang gelakkan. Bila Mat Sabu nasihat untuk bercucuk tanam sama jugak ramai yang ‘troll’ dan gelakkan. Entahlah tak cakna isu semasa ke macam mana mereka ni.

“Bercucuk tanam dari dulu disarankan. Tapi kita tak anggap serius. Bila datang waktu macam ini baru kita rasa serius dan perlu sebab situasi tu mengubah pemikiran kita. Apa yang dikongsi memang sangat bermanfaat.

“Tak sangka, macam melalui semula zaman PKP. Persediaan yang sama macam persediaan yang ramai kongsikan. Perang sekarang ni entah bila akan berakhir. Allahuakbar.

“Bila ada sidang media daripada menteri-menteri, maknanya keadaan makin serius. Cuma bagi pengumuman sikit-sikit supaya rakyat tak panik tapi sebenarnya keadaan makin mencabar. Bayangkan bulan depan subsidi petrol naik dua kali ganda, harga barangan pun disebabkan diesel naik…Bekalan makanan mungkin terjejas.

Antara komen netizen di laman Threads.

“Betul, keselamatan makanan negara kita agak rendah berbanding negara Asean yang lain. Cuba tengok waktu Covid-19 dulu bila eksport import merudum semua benda naik harga.

“Sedih sikit, baru nak mula hidup semula selepas jatuh, jatuh kembali. Marilah bercucuk tanam,” antara komen netizen di laman Threads.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen di Facebook pula, ada netizen mempersoalkan cadangan tersebut terutamanya melibatkan kekangan ruang bagi mereka tinggal di kawasan bandar. 

“Cik Mat, kalau duduk di rumah flat atau kondo mana nak tanam? Rumah teres pun belum tentu ada tanah lainlah kalau duduk di kampung.

“Engkau ini dah kenapa? Mana nak tanam depan rumah kalau jalan tar belakang rumah pula longkang. Yang duduk rumah tinggi mana ada tanah. Engkau faham tak?

Komen-komen netizen di Facebook.

“Kau tidak habis-habis melalak pasal sayur. Kau ingat duduk di kampung saja ada tanah sikit boleh tanam sayur? Habis sayur di pasar tak laku lah kalau macam itu.

“Rumah taman penuh dengan simen nak tanam apa? Kerja pagi balik petang nak tanam apa, Pak Mat? Tambah-tambah bulan puasa letihlah. Sayur banyak tunjuk di Econsave lagi senang.

“Sayur apa yang di import dari timur tengah ni ya. Yang Berhormat tolong bagi tau sikit sayur apa ya.

“Tu kalau dekat rumah ada tanah bolehlah bercucuk tanam. Kalau rumah flat, nak tanam apa? Hidroponik ke?” komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kejar pahala Lailatul Qadar, ustaz kata sediakan juadah berbuka pun ada ganjarannya!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Dikecam, Kek Lapis Sultan RM1,800 terus dapat sambutan - "Kalau cinta, pasti takkan berkira"

play

Terhangat