Kawan asyik ajak makan di luar setiap hari, siap 'atur' kedai tapi kedekut kereta - "Dia kata minyak mahal"
SEORANG wanita di Threads meluahkan rasa geram dan kesal terhadap sikap rakan sekerja yang didakwa sering mengajak keluar makan tengah hari tetapi menggunakan keretanya.
Menurut wanita itu, apa yang membuatkan dia semakin bengang apabila setiap kali waktu rehat, rakannya itu akan menetapkan kedai mana yang patut mereka pergi.
"Korang ada ke kawan kerja yang masa makan tengah hari asyik nak ajak ke mana-mana tapi guna kereta kita?
"Kereta dia malas bawa. Suruh laki dia hantar pergi kerja hari-hari, katanya minyak mahal tapi bila waktu makan dok atur-atur kita jom situ sini," katanya.
Tidak tahan dengan sikap rakannya itu, dia pada suatu hari memberi alasan tidak mahu keluar makan kerana sudah kenyang.
Bagaimanapun katanya, rakan sekerja itu juga tidak keluar rehat dan hanya duduk mendiamkan diri di pejabat.

"Aku geram sangat hari ni dah aku je asyik nak kena 'angkut' kau. Hari ni aku kata tak nak keluar sebab dah kenyang, member diam je tak keluar rehat, bila tanya tak rehat ke?
"Dia kata tak tau la nak makan apa padahal tak ada orang bawa keluar," kongsinya lagi.
Di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi yang rata-ratanya memahami situasi dialami wanita berkenaan.
MENARIK DIBACA: Satu suapan dah terpukau! Ini cara mudah buat 'burnt cheesecake' rasa premium, guna bahan ringkas je
MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku
Ada yang berpendapat sikap terlalu selesa menumpang kereta orang lain akan menyebabkan pemilik kenderaan berasa terbeban.
"Bagus tetapkan pendirian, beli makan atau bawa bekal siap-siap supaya tak ada alasan lagi nak ajak keluar situ sini," tulis seorang netizen.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila terpaksa menunggu rakan sebelum makan selain perlu membantu membuat pesanan makanan.
"Dia hanya gunakan awak, dah boleh keluar senyap-senyap sendiri.
"Berdasarkan pengalaman sendiri bila nak pergi makan saya pula kena tunggu. Sampai dekat kedai saya tolong 'order' apa dia nak, kemudian dia sampai je makanan terus sampai. Memang lepas tu malas nak makan dengan orang macam ni," komen seorang lagi warganet.
Dalam pada itu, segelintir netizen mengakui mereka lebih selesa menghabiskan waktu rehat secara bersendirian demi mengelakkan situasi sebegini melibatkan rakan sekerja.
"Sejak dah bijak sikit, waktu 'lunch' saya tak makan pun. Tak pun beli roti je. Siapa ajak keluar termasuk bos pun saya tolak. Datang kerja nak bekerja je," kata seorang individu.