Guru dipuji kreatif, gigih hasilkan 'daging' untuk simulasi korban - "Dah macam wagyu ni"
“DAH macam wagyu pun ada ni.”
Demikian perkongsian seorang pendidik di Threads yang memaparkan kesungguhan luar biasa guru dalam menyiapkan bahan untuk aktiviti simulasi korban di sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak.
Perkongsian tersebut tular kerana pendekatan berbeza digunakan dalam pembelajaran dengan guru besar sendiri kreatif menghasilkan 'daging' untuk murid lebih faham tentang maksud korban.
"Dekat Highscope, cikgu-cikgu tak buat 'props' tapi guru besar yang buat sendiri. Cikgu-cikgu hanya fokus mengajar sahaja dan tidak terlibat dalam dekorasi majlis atau perayaan.
"Contohnya ini, 'props' simulasi korban sampai nampak macam wagyu pun ada," katanya dalam perkongsian tersebut.
'Daging' tersebut ternyata mencuri perhatian kerana dilihat realistik sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang kagum dengan usaha itu.

Ruangan komen kemudian dibanjiri pelbagai perkongsian netizen lain yang turut berkongsi persediaan aktiviti pembelajaran sempena ibadah korban.
"Alhamdulillah, selesai juga minggu lepas simulasi kami. Sama, saya pun turun padang buat 'props' dari rekaan dan mewarna.
"Macam tadika anak saya, guru besar rajin turun padang bantu apa yang patut. Kadang ibu bapa lambat ambil, dia suruh cikgu balik dulu, dia tunggu," antara komen netizen.

Selain daging, terdapat juga sekolah yang menghasilkan haiwan korban mengikut kreativiti masing-masing dengan ada yang memilih lembu dan ada juga menghasilkan 'kambing'.
"Kenapa eh tak terlintas nak buat biri-biri macam tu.
"Semalam buat biri-biri sambil beraktiviti dengan anak-anak, mereka tampal kapas sebagai bulu," komen netizen lagi.

MENARIK DIBACA: Buah keras banyak fungsi, manfaat... Ketahui 5 kesan jika letak lebih dalam masakan
MENARIK DIBACA: Enaknya jantung pisang cecah sambal belacan, tapi kalau lebam bantut selera! Ini teknik rebus cantik kejadian
Rata-rata netizen memuji kreativiti dan usaha pihak sekolah dalam menjadikan aktiviti simulasi lebih menarik, interaktif dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
"Tahniah puan, jadi guru besar yang baik. Mesti anak-anak di sana pun dijaga dengan baik.
"Ini ada 'props' kuah sukiya, sayur sikit, cheese ball sikit. Dah boleh buat simulasi berniaga.
"Kreatif betul! Kalau dekat rumah pun rasa nak ‘join’," komen lagi warganet.