KUALI | Petua

Enaknya jantung pisang cecah sambal belacan, tapi kalau lebam bantut selera! Ini teknik rebus cantik kejadian

Lead Image

SIAPA penggemar ulam atau sajian berasaskan jantung pisang? 

Jantung pisang memang sinonim dengan masakan kampung seperti gulai, masak lemak, kerabu atau dicecah bersama sambal belacan.

Zaman dahulu, seepas dipetik memang ia akan terus dimasak kerana masih segar dan semestinya lebih enak. 

Sebenarnya, jantung pisang yang dimasak dengan betul akan kekal putih di bahagian dalam, tidak 'lebam' dan bertukar hitam.

Bagaimanapun masih ramai yang menghadapi masalah jantung pisang menjadi kehitaman atau lembik selepas direbus.

Berikut adalah cara dan petua mudah untuk memastikan jantung pisang kekal sempurna, cantik dan tidak lebam selepas dimasak.

1. Didihkan air

Pastikan air benar-benar mendidih sebelum jantung pisang dimasukkan. Ini penting untuk mengelakkan perubahan warna.

2. Jangan belah

Masukkan jantung pisang ke dalam air mendidih dalam keadaan tidak dibelah. Cara ini membantu mengekalkan bentuk dan kesegarannya.

MENARIK DIBACA: Wanita terkedu mahkamah persoal anak makan 3 kali sehari, ada halia dalam resit tuntutan nafkah

MENARIK DIBACA:  7 tip, pantang larang masak sotong celup tepung! Salutan rangup, tak tertanggal

3. Tambah garam, minyak

Taburkan sedikit garam ke dalam air rebusan. Anda juga boleh menambah sedikit minyak masak untuk membantu mengelakkan jantung pisang daripada menjadi hitam dan melekat.

4. Tutup periuk

Tutup periuk semasa proses merebus bagi mengekalkan haba dan memastikan jantung pisang masak sekata.

5. 10 minit sahaja

Jangan terlalu lama merebus. Cukup sekitar 10 minit untuk memastikan jantung pisang lembut tetapi masih rangup.

6. Toskan sebelum dibelah

Selepas direbus, toskan jantung pisang dan biarkan sejuk sedikit sebelum dibelah atau dihiris mengikut keperluan masakan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Daun kari mampu tahan seumur hidup? Restoran kongsi teknik penyimpanan... Kekal harum, rangup sentiasa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

3 anak kena jaundis, doktor akui amal cara orang lama... Mandikan bayi dengan air daun kucai

Terhangat