Wanita kesal guru 'larang' anak bawa bekal sebab ibu bapa murid lain mengadu tak dapat buat perkara sama
BUKAN semua ibu bapa sanggup siapkan bekal untuk anak, apatah lagi yang berkerjaya dan sentiasa sibuk.
Bagaimanapun tidak dinafikan masih ramai kaum ibu yang berusaha bangun awal demi menyediakan makanan buat anak sebelum ke sekolah, tadika atau rumah pengasuh.
Seorang pengguna Thread meluahkan rasa kesal apabila dia mendakwa dihalang daripada menyediakan bekal untuk anak perempuannya oleh pihak tadika.
Menurut ibu tersebut, larangan itu dibuat selepas terdapat aduan daripada ibu bapa lain yang mendakwa anak mereka juga mahu membawa bekal selepas melihat anaknya berbuat sedemikian.

“Anak perempuan saya tak boleh bawa bekal sebab ada 'parents' mengadu. Anak saya ada hari bawa bekal kalau tak sempat makan dekat rumah.
“Pagi ni 'teacher' tegur, jangan bawa bekal lagi sebab ada 'parents' 'complaint' yang anak dia nak juga sebab nampak anak saya bawa,” katanya.
Apa yang membuatkan wanita itu lebih terkilan apabila tiada sebarang peraturan bertulis yang melarang anak-anak membawa makanan ke tadika.
MENARIK DIBACA:Budak 11 tahun biadab menjawab disuruh bawa pinggan ke dapur, ibu dipersalahkan 'rajakan' anak lelaki
MENARIK DIBACA:Ibu bapa ‘meroyan’ sekolah anak buat jamuan raya! Malas nak masak, enggan keluar duit
Malah menurutnya, pihak sekolah sendiri sebelum ini memaklumkan ibu bapa dibenarkan menyediakan makanan tambahan untuk anak mengikut kesesuaian.
“Saya dah hubungi HQ (ibu pejabat), memang tak ada peraturan bertulis pasal bekal. Cuma makanan yang mengandungi daging lembu atau khinzir tidak dibenarkan,” jelasnya.
Justeru dia berasa hairan mengapa guru berkenaan terus melarang tanpa menyemak terlebih dahulu sama ada tindakannya melanggar peraturan, polisi atau tidak.

Dalam masa sama, wanita itu berpendapat ibu bapa lain sepatutnya menjelaskan situasi sebenar kepada anak masing-masing daripada terus membuat aduan kepada pihak sekolah.
“Sepatutnya awak terangkan dekat anak kenapa awak tak sempat nak masak atau beli sarapan. Tapi awak pilih untuk 'complaint' dekat guru supaya saya jangan bagi anak saya bawa bekal. Di mana logiknya?” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan wanita tersebut dan mempersoalkan cara pihak tadika mengendalikan isu berkenaan.
“The teacher at the first place shouldn’t have told you about the complaint honestly. Dia patut jawab dan selesaikan sendiri,” tulis seorang netizen.