info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Macam nak perang! Aksi budak lelaki pakai perisai sambil tunjuk 'skill' masak jadi perhatian

Lead Image

GELAGAT seorang kanak-kanak yang memakai perisai ketika memasak sosej di dapur mencuri perhatian warga maya selepas videonya dikongsikan di Threads.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang wanita, memaparkan kanak-kanak itu sedang tekun memanggang sosej sambil memakai topeng pelindung muka.

Difahamkan, alat yang dipakai itu merupakan mainan kanak-kanak yang dipakai bertujuan melindungi mukanya daripada terkena percikan minyak ketika memasak.

"Bila dari kecik mak dah ajar berdikari. Tapi yang penting 'safety first'," tulis wanita itu.

Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kreativiti kanak-kanak tersebut malah ada yang memujinya kerana memikirkan aspek keselamatan ketika berada di dapur.

Antara komen di laman Threads.

"Bagus dik guna je apa yang ada. Kalau Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) guna masa rusuhan, kau guna masa memasak, bagus!

"Bagus gen Z ni serba boleh.

"Nanti masukkan dalam resume pengalaman kerja," antara komen netizen.

Tak kurang juga segelintir netizen yang berkongsi pandangan serta berseloroh mengenai penggunaan perisai muka itu ketika memasak.

MENARIK DIBACA: Banyak tip di internet, netizen kongsi petua ibu dipegang sampai hari ini... Masakan jadi lebih enak

MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok

"Idea bagus buat goreng ikan bersama ayam.

"Hazard di sini bukan api yang panas tapi minyak panas yang merecik.

"Dik, time abang sebaya kau ni abang boleh masak nasi dengan telur goreng je dik," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

'Terbang' RM2,000, individu terkejut kena kompaun berniaga dari rumah - "Bau ayam goreng masuk rumah jiran"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Hidang bufet dalam sungai nampak 'cool', ramai juga risau risiko kesihatan

Terhangat