Kedai 'ghaib' lepas pelanggan buat aduan keracunan makanan, KKM tak dapat siasat
SEORANG individu yang mendakwa mengalami keracunan makanan selepas makan mi kolok di medan selera di sebuah pusat beli-belah memaklumkan premis berkenaan kini sudah tidak beroperasi dan diganti dengan kedai lain.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut berkata dia membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mengalami keracunan makanan.
Menurutnya, dia mendapati gerai mi kolok itu telah digantikan dengan sebuah premis baharu selepas seminggu laporan dibuat.
"Kemas kini, semua. Selepas saya laporkan insiden keracunan makanan ini kepada KKM, saya dapat tahu gerai mi kolok telah digantikan dengan kedai baharu.
"KKM memaklumkan mereka tidak pasti macam mana untuk meneruskan siasatan sebab gerai asal sudah tidak lagi wujud. Apa pun juga keputusan daripada KKM, saya tetap menghormatinya.
"Agak bijak juga tindakan pengurusan pusat beli belah kan? Kalau hanya dengan tukar gerai bermaksud perniagaan asal tidak lagi boleh disiasat, ini satu perkara yang membimbangkan.
"Saya berharap pihak berkuasa berkaitan dapat meneliti situasi sebegini dikendalikan kerana sesebuah perniagaan sepatutnya tetap bertanggungjawab walaupun bertukar nama atau pengendali," tulisnya.

Sebelum ini, individu sama mendakwa dia muntah berulang kali beberapa jam selepas makan di gerai berkenaan pada 3 Julai lalu sekitar jam 2.15 petang hingga 2.45 petang.
Dia turut mendakwa terpaksa mendapatkan rawatan dan ditempatkan di zon kuning hospital selama kira-kira 18 jam.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang terkejut dan mempersoalkan bagaimana sebuah gerai boleh bertukar operasi dalam tempoh singkat.
"Ini kali pertama saya tengok kedai makan boleh hilang macam itu.
"Bukan ke setiap stall tu ada tenancy agreement...KKM boleh je proceed investigation kalau nak, pergi management la apa lagi.
MENARIK DIBACA: Wanita kongsi minum air sarsi bantu legakan demam, ramai mengaku dah berzaman amal petua sama
MENARIK DIBACA: Resipi mudah, bila buat tak jadi! Rupanya ada teknik masak sagu gula Melaka elok kejadian
"Macam mana boleh tukar tenant tengah bulan... adui pelik.
"Diaorang bukan baru first time berniaga. Tak boleh saman something doesn't exist.
"Susah nak buat siasatan sebab kalau report kedai A tapi kedai tu jadi kedai B, nanti mereka boleh argue la bukan kedai dia yang buat. Jadi cara dia makan lagi situ biar sakit perut lagi.
"Minta KKM teruskan tindakan susulan. KKM boleh dapatkan maklumat penyewa daripada rekod penyewaan pihak pengurusan, semak sama ada penyewa tu dah berpindah atau dah tutup operasi dan dapatkan rakaman CCTV yang berkaitan untuk bantu siasatan.
"Boleh juga e-mel pihak pengurusan untuk minta perkembangan kes ni serta tindakan yang dah diambil, lebih-lebih lagi sebab isu ni dah mendapat perhatian orang ramai," antara komen netizen.