Pengalaman hitam makan stik ketika keluar 'dating'! 'Doktor' lesap, wanita kena bayar bil hampir RM250
HATI mana tak sakit apabila satu pertemuan pada awalnya diharapkan berjalan lancar bertukar menjadi pengalaman mengecewakan.
Begitulah luahan seorang wanita selepas mendakwa janj temu bersama seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai doktor berakhir dengan situasi tidak disangka apabila individu itu menghilang secara tiba-tiba.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu mendakwa lelaki terbabit meninggalkan dirinya sendirian selepas memberi alasan mahu menghantar sesuatu kepada rakannya.
"Keluar date dengan seorang ‘doktor’, tapi dia tiba-tiba menghilangkan diri, dakwanya perlu beri sesuatu pada rakannya. Kemudian dia tak muncul.

"Akhirnya saya terpaksa bayar bil dan pulang sendirian. Serabutlah, pertama kali kena macam ni,” tulisnya di Threads.
Wanita itu turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama individu berkenaan yang didakwa memperkenalkan dirinya sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan.
Dalam kemas kini terbaharu, wanita itu menjelaskan keadaan sebenar selepas kisahnya mendapat perhatian.
Katanya, lelaki terbabit pada awalnya berkeras mengajaknya keluar makan malam dan menyuruhnya pilih lokasi.
"Makanan sudah dipesan dan dia pergi begitu sahaja. Kedai tutup 11 malam. Semua pekerja of course nak balik.
"Jadi, saya siap cakap nak bungkus stik dan balik naik Grab,” kongsinya lanjut.
MENARIK DIBACA: Simpan durian 'frozen' dalam bekas banyak kelemahan, teknik balut lebih tahan lama
MENARIK DIBACA: [V] Jijik! Tular video tikus berkeliaran atas makanan di kedai malatang, KKM diminta ambil tindakan
Tambah wanita itu, dia tidak kisah untuk membayar makanan tersebut, namun kecewa dengan tindakan lelaki itu yang didakwa menghilang selepas membuat pesanan.
“Saya tak rasa terbeban pun untuk bayar. Cuma kesal, dah la order, lepastu MIA, lepas tu play victim,” katanya.
Dalam perkongsian sama, wanita itu turut mendakwa lelaki berkenaan akhirnya membuat bayaran sebanyak RM128 daripada jumlah keseluruhan RM228, sambil menyatakan bayaran itu sebagai deposit supaya hantaran mengenai kisah ini dipadam.

“He paid RM128 instead of RM228. Dia cakap tu depo untuk saya take down (muat turun posting). Sekarang dia kata saya ugut dia,” tulisnya.
Katanya, dia kini mendapati lelaki berkenaan menggunakan identiti 'doktor palsu'.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut adalah berdasarkan perkongsian sebelah pihak dan tiada pengesahan daripada individu dikaitkan setakat ini.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan pengalaman itu malah menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berkenalan dengan individu baharu terutama melalui aplikasi atau media sosial.
Bagi wanita itu, pengalaman tersebut mungkin menjadi pengajaran besar apabila satu pertemuan sepatutnya manis bertukar menjadi kisah sukar dilupakan.