info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

KA tak kedekut ilmu bisnes, beri teguran bantu Ervan perbaiki Donut PakPak

Lead Image

PEMPENGARUH masakan terkenal, Khairul Aming (KA) mencuri perhatian ramai apabila tampil bersiaran langsung bersama Ervan Rizuan.

Siaran langsung ditonton lebih 30,000 pengguna di TikTok itu bukan sekadar menghiburkan, malah menjadi medan perkongsian ilmu perniagaan apabila KA memberi pandangan serta nasihat secara terus kepada Ervan berhubung pengurusan jenama Donut PakPak.

Menerusi sesi berkenaan, KA dilihat berkongsi pelbagai input berkaitan aspek pengeluaran, kawalan kualiti dan strategi mengembangkan perniagaan tanpa mengabaikan kepuasan pelanggan.

Ramai netizen melihat Ervan sebagai individu bertuah kerana berpeluang menerima bimbingan secara langsung daripada pemilik restoran Rembayung itu.

 

Netizen turut menganggap teguran diberikan mampu membantu menambah baik operasi Donut PakPak yang dikenali dalam kalangan masyarakat Pantai Timur.

KA juga dipuji kerana memberikan maklum balas jujur, lengkap dengan data serta kiraan lebih tepat bagi meningkatkan produktiviti dan memastikan kualiti donat terus terjaga.

Seorang pengguna Threads berkata keikhlasan KA berkongsi pengalaman membina empayar perniagaannya wajar dijadikan contoh.

"Memang jujur habis KA bagi nasihat. Siap KA sebut dia ikat perut lima tahun semata-mata nak beli mesin untuk kilang.

"Walaupun sekejap je, ramai yang dapat banyak ilmu bisnes malam ni," tulisnya.

Seorang lagi pengguna pula berpendapat usahawan tidak seharusnya terlalu ghairah mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan asas yang penting.

"Padu nasihat KA untuk Wan (Erwan). Jangan terlalu ghairah nak kembang bisnes. Biar perlahan, tapi langkahnya kukuh.

"Utamakan maklum balas pelanggan, dengar apa mereka suka dan perlu diperbaiki. Dari situlah produk akan jadi lebih berkualiti serta bisnes boleh berkembang dengan lebih mampan," katanya.

MENARIK DIBACA: Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai

MENARIK DIBACA: Kakak anggap adik tiada adab habiskan biskut viral tanpa izin - "Aku tak sempat sentuh langsung"

Di ruangan komen, ramai lagi netizen turut memuji sikap KA tidak lokek berkongsi ilmu serta kesediaan Ervan menerima teguran secara terbuka demi memperbaiki perniagaannya.

"Untung Ervan dapat ilmu terus. Moga perniagaan dia makin baik, rezeki KA mencurah-curah sebab tak kedekut ilmu," kata seorang pengguna.

Seorang lagi berkata, dia mengikuti siaran langsung berkenaan dan mengakui banyak ilmu perniagaan dipelajari biarpun sesi itu diselitkan dengan gelak tawa.

"Bagus Ervan ni dapatkan nasihat KA. Saya tengok live malam tadi. Walaupun kelakar-kelakar, banyak ilmu KA kongsi. Pelayar pun dapat belajar sama. Patutlah KA boleh berjaya," tulisnya.

Beberapa netizen turut mencadangkan Ervan memberi fokus kepada ketahanan tekstur donat supaya kekal lembut walaupun disimpan lebih lama.

“Donat Ervan masih sedap dimakan waktu sejuk, maknanya produk itu memang menjadi. Tapi saya pernah makan donat satu jenama esok pun masih lembut, mungkin boleh tambah baik lagi resipi," komen seorang pengguna.

Dalam pada itu, ada juga berharap Ervan meneruskan sesi 'audit' bersama KA pada masa akan datang kerana  perkongsian seperti itu memberi manfaat kepada orang ramai bercita-cita menceburi dunia perniagaan.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Pengkritik makanan kongsi 6 ciri restoran dianggap 'red flag', tak minat nak masuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pemain industri jangan langgar protokol eksport durian segar ke China - KPKM

Terhangat