info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pemain industri jangan langgar protokol eksport durian segar ke China - KPKM

Lead Image

SEMUA pemain industri durian digesa untuk terus mematuhi keperluan serta Protokol Fitosanitari bagi eksport durian segar ke China yang sedang berkuat kuasa, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.

Dalam satu kenyataan,  beliau menyeru semua pemain industri supaya tidak menggunakan sebarang kaedah di luar skop protokol sedia ada atau belum mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut menegaskan pematuhan terhadap protokol dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) penting bagi memastikan akses pasaran China yang diperoleh hasil rundingan bertahun-tahun terus dikekalkan.

"Kita tidak boleh mengambil risiko boleh menjejaskan keyakinan pihak berkuasa China terhadap sistem kawal selia Malaysia.

“Kaedah baharu belum dipersetujui atau tidak selaras dengan protokol sedia ada tidak seharusnya dilaksanakan secara unilateral kerana implikasinya bukan sahaja kepada syarikat terbabit, malah boleh menjejaskan keseluruhan industri durian negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Industri Durian Mengenai Cadangan Pre-Cut Durian Eksport ke China di Wisma Tani di Putrajaya, Jumaat lalu.

Foong Hin berkata, industri durian kekal antara subsektor agromakanan bernilai tinggi negara dengan nilai eksport mencecah RM1.10 bilion membabitkan 45,266 tan metrik ke pasaran global pada 2025.

MENARIK DIBACA: Aaron Aziz ada prinsip diet sendiri, sarapan pagi dianggap tak begitu penting

MENARIK DIBACA: Lelaki puji 'melambung' Nasi Ayam Mama Tini! Komen 'emo' Zila Bakarin buat ramai terhibur

"Industri durian menjadi antara subsektor agromakanan bernilai tinggi negara terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan.

"Tahun lalu, Malaysia merekodkan eksport durian bernilai RM1.10 bilion dengan membabitkan 45,266 tan metrik ke pasaran global.

"China kekal destinasi eksport terbesar dengan nilai RM868.09 juta, hampir 79 peratus daripada keseluruhan nilai eksport durian negara," ujarnya lanjut.

Tambahnya, pembukaan akses pasaran durian segar ke China pada 2024 adalah hasil rundingan panjang antara kedua-dua negara dan tertakluk sepenuhnya kepada Protokol Keperluan Fitosanitari yang dipersetujui bersama.

"Hasil rundingan ini satu pencapaian penting dan mengambil tempoh panjang dan tertakluk sepenuhnya kepada Protokol Keperluan Fitosanitari yang sudah dipersetujui bersama," jelasnya lagi.

Mengulas cadangan menggunakan kaedah pre-cut, Foong Hin berkata KPKM mengambil maklum pandangan sebahagian pemain industri yang melihat pendekatan itu berpotensi memanjangkan jangka hayat produk, mengurangkan kos logistik serta memperluaskan pilihan penghantaran ke pasaran China.

"Bagaimanapun, KPKM turut mengambil kira kebimbangan berkaitan pematuhan protokol, kawalan kualiti, keselamatan makanan dan kebolehkesanan produk selain menjaga reputasi durian Malaysia sebagai durian gugur matang menjadi identiti premium negara.

"Pada masa sama, kita juga perlu mengambil kira kebimbangan dibangkitkan oleh pelbagai pihak berkaitan pematuhan protokol, kawalan kualiti, keselamatan makanan dan kebolehkesanan produk.

"Perkara ini juga berkait rapat dengan reputasi durian Malaysia sebagai durian gugur matang (tree-ripened) selama ini menjadi identiti premium negara," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

KA tak kedekut ilmu bisnes, beri teguran bantu Ervan perbaiki Donut PakPak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Wanita dakwa bubbles O2 bantu anak kembali segar selepas muntah, cirit-birit

Terhangat