info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pelanggan dimaki peniaga sebab persoal harga RM380 untuk 2 bekas mi goreng

Lead Image

MAJLIS perkahwinan sepatutnya menjadi detik yang menggembirakan, namun lain pula pengalaman wanita ini apabila mendakwa terpaksa membayar RM380 untuk tiga bekas (tray) mi goreng yang ditempah secara tergesa-gesa.

Bukan sahaja terkejut dengan caj dikenakan, malah dia turut mendakwa dilayan kasar oleh peniaga hanya kerana bertanyakan tentang harga bagi mendapatkan kepastian.

Berkongsi di Threads, wanita itu berkata walaupun dia sudah melunaskannya pembayaran namun masih tertanya-tanya sama ada harga yang dikenakan adalah munasabah.

"Berbaloi ke saya pesan mi goreng separuh bekas dua kali (penghantaran) dengan harga RM380?

"Saya dah bayar, cuma rasa macam tak masuk akal dengan harga begitu. Tapi tu la dapat mulut peniaga boleh tahan," tulisnya.

Individu itu turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp bersama peniaga berkenaan yang memaparkan pertanyaannya mengenai harga mi goreng yang ditempah.

Berdasarkan tangkap layar tersebut, kelihatan peniaga melenting apabila harga ditetapkan iaitu RM380 dipersoalkan.

MENARIK DIBACA: Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai

MENARIK DIBACA: Tip simpan kelapa parut... Kekal segar berbulan-bulan, tak hilang rasa lemak

Menjelaskan situasi yang berlaku, wanita itu berkata dia terpaksa membuat tempahan mi goreng pada saat akhir selepas makanan untuk majlis perkahwinan kakaknya habis awal.

Disebabkan tempahan dibuat secara tergesa-gesa dia mengakui tidak bertanyakan tentang harga terlebih dahulu malah tidak sempat mengambil gambar (mi goreng) yang dihantar.

"Kakak saya kahwin, tapi dalam pukul 2 petang makanan habis. Terus call akak ni (peniaga) sebab kebetulan dia saja buka kedai.

"Saya pesan tiga bekas, tapi dapat separuh bekas untuk dua kali (penghantaran). Masa nak deal tak sempat tanya harga sebab kecemasan.

"Saya dalam keadaan kelam-kabut dan tak sempat nak pegang telefon untuk ambil gambar. Khilaf saya sebab tak ambil gambar," katanya.

Perkongsian wanita itu mencuri perhatian ramai  dengan ada yang menganggap harga dikenakan agak tinggi dan peniaga sepatutnya memberikan mi goreng tiga bekas seperti mana ditempah pelanggan.

"Kurang ajarnya bahasa 'seller', harga pula cekik darah

"Maknanya satu 'tray' RM380, bapak mahal. Mak aku jual satu 'tray' RM80.

"Dia sendiri tunjuk bodoh dia. Campur dua 'tray' dapat satu 'tray', so betulla dia yang bagi tak cukup. Kalau orang order satu 'tray', penuhkan satu 'tray' bukan bahagi dua," antara komen netizen.

Manakala sebahagian lagi berpendapat pengguna sepatutnya mendapatkan pengesahan harga terlebih dahulu sebelum membuat pesanan.

"Kenapa tak tanya harga dulu baru 'proceed' order? Sebab bila jadi macam ni awak sendiri terkejut.

"Maaf ye. Khilaf awak juga tak tanya harga dulu. Kelam kabut macam mana pun tetap kena ada akad yang jelas antara penjual dan pembeli sama ada caj ikut kepala atau kilo.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas daripada peniaga berhubung dakwaan tular itu.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita pertahan pendirian ayam masak merah, ayam sambal tak sama! Perjelas perbezaan 2 menu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Pengkritik makanan kongsi 6 ciri restoran dianggap 'red flag', tak minat nak masuk

Terhangat