info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Wanita pertahan pendirian ayam masak merah, ayam sambal tak sama! Perjelas perbezaan 2 menu

Lead Image

RAMAI mungkin menganggap ayam masak merah dan ayam sambal hanya berbeza pada namanya sahaja sedangkan ia merupakan hidangan yang sama. 

Bagaimanapun bagi 'kaki masak' atau 'kaki makan', kebanyakan mereka berpandangan kedua-duanya mempunyai identiti tersendiri dan tidak boleh disamakan.

Itulah pendapat seorang wanita di Threads yang berkongsi pendiriannya mengenai dua hidangan tersebut.

Dia menegaskan bahawa ayam masak merah dan ayam sambal bukanlah menu yang sama meskipun kedua-duanya menggunakan ayam dan cili sebagai bahan utama.

"Minta maaf, aku tetap dengan pendirian aku. Ayam merah tak sama dengan ayam sambal.

"Ayam merah ni bersos, ada sos tomato, pes tomato atau sos cili. Kemudian dimasak dengan bunga lawang, kayu manis, daun kari, bunga cengkih, macam aku letak buah pelaga.

"Manakala ayam sambal ialah asas tumisan bawang dan cili serta perasa seperti gula, garam dan bahan perasa," katanya.

Dia bagaimanapun mengakui cara memasak setiap individu adalah berbeza kerana setiap orang mempunyai rujukan dan kaedah tersendiri dalam menyediakan hidangan berkenaan.

"Ye, mungkin lain orang lain cara. Tapi ini yang aku belajar masak dengan rujukan aku. Maaf ya kalau aku salah," tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pandangan masing-masing mengenai resipi ayam masak merah dan ayam sambal.

Perbezaan cara memasak mungkin berbeza mengikut individu kerana setiap orang mempunyai cara tersendiri.

Seorang warganet bersetuju dengan pandangan tersebut sambil berkongsi versi ayam sambal keluarganya yang mempunyai sedikit kelainan.

"Faham dan setuju. Saja nak kongsi ayam sambal versi kita ada twist resipi letak serai dan daun limau purut. Selain makan dengan nasi putih, sesuai juga makan dengan lontong dan masak lodeh cubalah," katanya.

Netizen lain pula berpendapat ayam yang dimasak menggunakan bunga lawang, kayu manis dan bahan rempah tiga sekawan lebih dikenali sebagai ayam masak merah kenduri.

"Yang tumis dengan tiga sekawan tu, aku panggil ayam masak merah kenduri sebab makan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

"My version ayam masak merah simple je. Bawang putih, bawang merah, cili blend, asam jawa, sos tiram, sos cili, gula garam siap. Daun limau purut tu saja bagi wangi sedap," katanya.

Terdapat juga netizen yang menyatakan ayam sambal lebih sinonim dengan sambal balado dan berpendapat kedua-dua hidangan itu mempunyai sifat rasa yang berbeza.

MENARIK DIBACA: Tip simpan kelapa parut... Kekal segar berbulan-bulan, tak hilang rasa lemak

MENARIK DIBACA: Kedua-duanya berasal dari akar tumbuhan, ada banyak beza antara sarsi dan rut bir

"Setuju. Saya agak pelik bila dikatakan ayam masak merah tetapi rasanya sambal ayam.

"Arwah mak saya ajar, letak tiga beradik tu dengan daun pandan. Kemudian tumis sekali serai, halia, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan cili kering yang dah dikisar.

“Masak sampai hilang bau bawang dan cili. Letak sos cili atau tomato puri, susu cair atau santan. Memang sedap,” komen seorang netizen.

Sebahagian lagi netizen pula menyifatkan ayam masak merah sebagai ayam ros yang mempunyai kuah bersos, manakala ayam sambal tidak menggunakan bahan seperti tiga sekawan.

"Setuju, ayam masak merah ni = ayam ros yang bersos. Bahan kisar masih ada cili kering tapi sos tu pelengkap dia.

"Kalau ayam sambal, tak letak sos. Tumis bahan kisar bawang putih, bawang merah, cili kering dan tak letak tiga sekawan.

"Ayam masak merah kita kena ada tomato puri dengan susu sejat. Kalau tak, dia tak jadi.

"Ayam sambal macam masak sambal nasi lemak. Ayam masak merah kena makan dengan nasi warna-warni," antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelanggan dimaki peniaga sebab persoal harga RM380 untuk 2 bekas mi goreng

Terhangat