info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kedai nasi kandar didakwa guna taktik 'putar belit' untuk pelanggan bayar guna kod QR

Lead Image

SEORANG pelanggan meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa sebuah kedai nasi kandar di Perak enggan menerima bayaran menggunakan kod QR bagi jumlah pembelian di bawah RM20.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan mendakwa peniaga memaklumkan pembayaran menggunakan imbasan QR hanya boleh dilakukan sekiranya jumlah pembelian melebihi RM20.

"Tauke kedai ni kalau makan bawah RM20 dia tak nak bagi 'scan' QR, suruh bayar tunai. Dah la biadab.

"Penyudahnya aku setuju nak bayar RM20. Dia keluarkan kod QR dia, aku bayar harga aku makan saja iaitu RM16.60.

"Eh boleh pula? Sebelum tu kata sistem (ditetapkan) macam tu minimum RM20.

"Dah bayar aku gerak terus. Lepas tu dia kata 'pandai you aaa' dengan muka kerek (berlagak). Aku cakap (balas) 'you penipu', puas hati aku. Memang tak masuk dah," tulisnya.

Ramai netizen berkongsi pengalaman serupa ketika menikmati nasi kandar di premis berkenaan.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, individu itu mendakwa tindakan peniaga berkenaan dilihat sebagai cubaan untuk mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

"Ya, banyak akal nak mark up duit orang. Sebelum dia 'lipat' (perdaya) aku, aku 'lipat' dia dulu," kongsinya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang mendakwa pernah berdepan pengalaman hampir sama ketika berkunjung ke premis berkenaan.

MENARIK DIBACA: Tauhu bergedil gedempol rangup, padat daging... Kudapan 'simple' tapi nikmat

MENARIK DIBACA: Nelayan kongsi punca ikan pari bau hancing, netizen beri petua elak pembaziran

"Elakkan makan kedai-kedai begini. Jangan dah jejak seumur hidup, boikot. Utamakan kedai makan orang kita.

"Sumpah aku pun kena. Sebelum masuk kerja aku singgah beli capati sardin memang sedap. Dia cakap tak boleh bayar 'scan' QR. Aku gen Z mana ada cash. Lepas aku marah baru dia keluarkan kod QR.

"Pengalaman aku bertugas di Ipoh dan makan di sini, lepas habis makan aku pergi kaunter nak bayar. Dia jumlahkan harga makanan, aku terperanjat sebab tak masuk akal.

"Lepas tiga kali aku kira satu-satu, tauke yang pakai kopiah tu tergamam. Bagi alasan mesin dia rosak walaupun dia kenal aku dan aku kenal dia, terus aku jerkah dan cakap jangan menipu. Kopiah di kepala, kena jujur," antara  komen warganet.

Tak kurang juga yang meluahkan rasa geram dan berkongsi pengalaman mereka ketika berkunjung ke premis sama.

"Aku pernah order nasi bungkus lebih kurang RM18. Dah siap bungkus tak bagi bayar scan QR. Oh tak boleh QR, cancel je. Bukan aku yang rugi.

"Makan kat sini dari zaman sekolah sampai sekarang dah kerja. Dulu okay saja, tak tahu kenapa lepas lama tak datang owner dia memang sombong gila. Pekerja pun semua tak friendly macam dulu.

"Jangan makan sini. Hari tu teman kawan makan nasi dengan ayam goreng seketul saja jumlahnya RM14.50. Bila tanya kenapa mahal sangat dia putar belit sampai kawan saya pun terus bayar.

"Saya pun pernah kena. Tak boleh bayar scan QR katanya orang bayar QR duit tak masuk akaun dia. Jenuh cari duit tunai masa tu.

"Hahaha ingat aku seorang saja kena. Rupanya ada juga mangsa lain. Memang pishang (menyampah) kedai ni," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kalau melancong mesti nak cuba cheese fondue! Wanita dedah satu bahan jejas status halal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

'Padah' beli cheesekut pasar malam, dapat biskut kering salut icing - "Sumpah tak halal"

Terhangat