Lelaki 'nobat' ayam gepuk makanan paling 'overrated'! Biasa je, tak layak pun dipuji
SEBUT sahaja ayam gepuk, pasti ramai terbayangkan ayam goreng rangup, sambal pedas menyengat serta nasi putih menjadi pelengkap kepada hidangan popular itu.
Bagaimanapun, di sebalik popularitinya yang semakin meluas, tidak semua orang menganggap ayam gepuk sebagai makanan berbaloi untuk 'diangkat' atau dipuji berlebih-lebihan.
Ada yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan hidangan tersebut, namun ada juga berpendapat ayam gepuk tak ubah seperti makanan harian biasa.
Seorang lelaki berkongsi pandangannya di Threads mengenai hidangan itu dan menyifatkan ayam gepuk sebagai antara makanan paling overrated.
"The most overrated food jatuh kepada ayam gepuk. Benda apa, nasi putih, ayam goreng seketul, sambal sikit sudah RM15. Tak boleh terima," tulisnya.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi netizen dengan ada bersetuju dengan pandangannya manakala sebahagian yang lain mempertahankan hidangan berkenaan.
"Tak boleh nak nafikan memang overrated, tapi sebab nak makan terpaksa juga.

"Nasi paling overrated dan tak sedap. Baik beli nasi ayam, lebih sedap dan murah.
"Sambal mahal kot, cili api petik dari kayangan!
"Peminat dia pula pelik, orang dah beritahu kata mahal, marah. Padahal memang mahal. Sedap ke tak ikut kau la.
"Aku pun sebenarnya tak minat ayam gepuk. Kenapa ramai kata sedap, kicap, ayam goreng, lada, nasi, kubis sampai RM18. Aduhai la baik goreng ayam di rumah makan kicap.
"Benda mahal pun, dia kata mahu makan juga. Pergi beli yang harga RM15 pun lepas tu menyesal, " komen warganet.
MENARIK DIBACA: Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru
MENARIK DIBACA: 'Wajib' cuba kopi pagi versi Erling Haaland - "Superfood saya jika dibuat cara betul"
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pandangan bahawa ayam gepuk semakin kurang menarik dan diibaratkan seperti menu hujung bulan.
"Setuju. Makin tua makin tak mahu dah makan ayam gepuk. Macam tak berbaloi, baik aku pergi makan nasi berlauk.
"Kalau nak cakap terus terang, makanan itu macam makanan hujung bulan sahaja. Saya tak faham kenapa boleh jadi mahal macam tu. Bukan nak hina tapi bagi saya makanan itu overrated," komen netizen lagi.
Bagaimanapun, ada juga yang kurang setuju pandangan tersebut dilontarkan dan mengingatkan bahawa soal makanan bergantung kepada cita rasa setiap individu.
"Duduk sahaja di Kelantan, makan nasi kerabu. Sibukkan dengan orang lain makan. Bukannya setiap kali orang beli gepuk, duit kau berkurang. Dasar Kelantan," komen seorang warganet.