Tolak ubat doktor, ibu dakwa demam anak lebih cepat sembuh lepas mandi lemon
SETIAP penyakit pasti ada penawarnya.
Apabila ubat atau rawatan moden tidak memberikan hasil seperti diharapkan, ada sesetengah individu akan mencari ikhtiar atau alternatif lain.
Penggunaan bahan semula jadi bagaimanapun perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana tidak semuanya sesuai untuk kulit atau tubuh kita.
Seorang wanita menarik perhatian ramai selepas berkongsi cara dia merawat anak demam dengan menggunakan air lemon.

Dia mendakwa, demam anaknya pulih lebih cepat berbanding menggunakan ubat yang diberikan doktor.
"Doc: Jangan pandai-pandai anak demam bagi mandi air lemon.
"Me: Mandi air lemon demam anak dah hilang daripada guna ubat doc bagi," tulisnya menerusi laman Threads.
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
MENARIK DIBACA: Wanita kongsi minum air sarsi bantu legakan demam, ramai mengaku dah berzaman amal petua sama
MENARIK DIBACA: Ketahui fakta menarik kelapa, dari mana datangnya air dalam buah?
Ada yang bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan, tidak kurang juga yang menegur sikap keras kepalanya yang enggan mengikut nasihat doktor.
Turut meninggalkan komen, Public Health Malaysia yang mengingatkan bahawa penggunaan lemon pada kulit kanak-kanak boleh menyebabkan iritasi, kerana kulit mereka lebih sensitif.
Malah, lemon yang bersifat berasid boleh menyebabkan risiko penyakit kulit yang lebih bahaya.

"Lemon boleh cause irritant contact dermatitis, especially kulit bayi dan kanak-kanak yang lebih delicate.
"Boleh jadi pedih, merah, gatal. Lepas kena lemon + sunlight, ada juga risiko phytophotodermatitis, reaksi macam kulit terbakar.
"Nak bagi demam kebah, jangan sampai masalah lain pula datang," nasihat laman kesihatan tersebut.