Masih tak terlambat nak belajar makan sihat... Ini senarai sayur 'mesra tekak' untuk 'beginner'
TAK semua orang dibesarkan dengan amalan makan sayur kerana setiap keluarga mempunyai cara pemakanan berbeza-beza.
Tak hairanlah, ada individu yang tak pernah menyentuh sayur langsung, malah ada yang terus rasa loya atau sukar menelan apabila makan lauk dicampur sayur.
Kalau makan di kedai pula, kebiasaannya sayur akan diketepikan terlebih dahulu.

Menerusi satu hantaran seorang pengguna di laman Threads, dia mengakui baru mahu belajar makan sayur selepas merasakan gaya hidupnya sekarang kurang sihat.
Disebabkan itu, dia meminta cadangan daripada netizen mengenai jenis sayur yang sesuai untuk individu yang hendak belajar makan sayur.
“I dari kecil memang tak makan sayur. Dah 20-an ni baru nak belajar makan sayur sebab rasa macam gaya hidup tak sihat betul.
MENARIK DIBACA: Tip rebus brokoli tekstur sempurna, sedap ala rangkaian kafe popular
MENARIK DIBACA: Buah siap potong memang memudahkan, tapi bukan pilihan terbaik - Penasihat diet
“Boleh 'sugges't any sayur yang 'beginner friendly'? Yang senang nak 'pickup' bagi orang yang tak suka sayur,” soalnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi beberapa jenis sayuran yang dianggap sesuai untuk 'beginner' atau 'picky eater'.
Malah, kebanyakan sayur yang dicadangkan mempunyai rasa yang tidak terlalu kuat selain tekstur yang lebih mudah diterima tekak.

Berikut antara sayur yang paling banyak disarankan:
- Bayam
- Pak choy
- Cendawan
- Lobak merah
- Brokoli
- Kubis
- Timun
- Salad
- Kangkung
Selain itu, ada juga netizen mencadangkan supaya sayur dimasak secara ringkas seperti tumis bawang putih, dicelur atau dimakan bersama sos supaya lebih mudah diterima.
Tidak kurang juga yang berkongsi tip untuk mula makan sayur sedikit demi sedikit dan tidak memaksa diri mengambil sayur dengan rasa terlalu kuat pada peringkat awal.