Ramai kongsi perubahan lepas makan bawang putih mentah... Bantu turunkan kolesterol, rasa lebih sihat
BAWANG putih bukan sahaja berfungsi sebagai penyedap masakan, tetapi turut dianggap sebagai bahan yang mempunyai banyak manfaat kesihatan.
Seorang pengguna Threads, Nadiah Ahmad, berkongsi pengalaman peribadinya selepas mengamalkan makan bawang putih mentah setiap hari.
Menurut Nadiah, dia mula merasai perubahan positif terhadap tahap kesihatannya selepas menjadikan bawang putih sebagai sebahagian daripada diet harian.

"Sejak amalkan bawang putih sebagai ulam dua hingga tiga ulas setiap hari makan dengan nasi, rasa macam masalah sakit kepala dengan angin dalam badan dah makin baik.
"Kadang saya buat mi rebus saya letak hampir separuh labu. Dua ke tiga ulas tu pula untuk makan mentah.
MENARIK DIBACA: Pencuci mulut dlabel 'sampah'! Fazley Yaakob nasihat manusia tak berhak hina makanan
MENARIK DIBACA: Guna air soda, jus lemon atau yogurt antara tip lembutkan daging... Bau hamis pun hilang
"Bawang putih mentah tu saya cecah dengan budu, lepas tu ambil saiz sederhana. Kalau besar rasanya pedas sangat.
"Kadang makan telur separuh masak pagi pun letak kicap, letak juga seulas dua yang dipotong kecil," kongsinya.
Perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing selepas mengamalkan makan bawang putih.
"Betul. Kolesterol, jantung pun di tahap baik dengan izin-Nya. Saya dah sebulan lebih buat.

"Alhamdulillah dah makin okay. Bawang putih memang ada bahan aktif (allicin) boleh bantu peredaran darah dan ada sifat anti-radang, jadi sesetengah orang memang rasa kurang kembung atau sakit kepala ringan.
“Cara paling senang dan tak rasa terseksa nak makan, letak beberapa ulas bawang putih ketika nasi dah nak kering, tutup periuk nasi sampai 'keep warm', jadi lembut dan sedap,” antara komen netizen.
Walaupun ramai berkongsi pengalaman positif, pengambilan bawang putih secara berlebihan tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan perut atau pedih ulu hati bagi sesetengah individu.