Cara buat jus retinol guna 5 bahan, bantu serikan kulit wajah
JIKA sebelum ini ramai mengenali retinol sebagai bahan popular dalam produk penjagaan kulit, kini muncul pula trend ‘retinol juice’.
Menariknya, minuman ini bukan mengandungi serum muka sebaliknya campuran jus buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi yang kaya dengan beta-karotena serta vitamin.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Aliah Nadhirah tidak lokek berkongsi resipi jus retinol yang dihasilkannya sendiri di rumah.
Mengenai hasil dan keberkesanan, dia mendakwa kulit wajahnya semakin 'glowing' dan berseri selepas mengamalkan pengambilan jus retinol setiap hari.
Bagi anda yang ingin mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, jom buat sendiri jus retinol menggunakan resipi berikut:

Bahan-bahan
- 2 batang lobak merah
- 2 biji epal merah
- 3 biji oren
- 2 biji lemon
- 1 inci halia
Langkah penyediaan
- Basuh dan potong semua bahan menjadi potongan kecil.
- Buang kulit buah oren, lemon dan halia.
- Masukkan bahan ke dalam pengisar jus.
- Tuang jus ke dalam botol kecil dan simpan dalam peti sejuk.
- Siap dan sedia untuk diminum.
MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'
MENARIK DIBACA: Gabungan jus buah-buahan ini rahsia kulit 'glowing', campuran nanas dan betik paling sedap
Cadangan Kuali:
- Minum sekitar 50 hingga 150 milimeter (ml) setiap hari.
- Sebaiknya diambil pada waktu pagi ketika perut kosong atau 30 minit sebelum sarapan pagi.
- Bagi penderita gastrik dan GERD, digalakkan untuk kurangkan kuantiti lemon atau halia dan minum selepas makan.