info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Tak payah beli produk mahal, 7 makanan ini 'ubat' mujarab atasi kelemumur

Lead Image

KELEMUMUR mungkin nampak seperti masalah kecil, tetapi ia boleh menjadi punca seseorang hilang keyakinan diri.

Bukan sahaja itu, ada individu yang tak selesa berdepan orang ramai kerana risau kelemumur jelas kelihatan di bahu dan pakaian.

Hakikatnya, kelemumur berlaku apabila sel kulit kepala tumbuh terlalu cepat, pengeluaran minyak berlebihan dan tindak balas terhadap kulat semula jadi di kulit kepala menjadi tidak seimbang. 

Ramai masih menganggap punca utama masalah ini hanya datang daripada syampu atau produk rambut tidak sesuai tanpa menyedari pemakanan juga memainkan peranan penting.

Jadi, untuk bantu kawal masalah ini, penting untuk pilih makanan yang tepat seperti berikut:

Kedua-dua ikan ini kaya dengan asid lemak untuk seimbangkan penghasilan minyak pada kulit kepala.

1. Ikan salmon dan sardin

Ikan seperti salmon, makarel dan sardin kaya dengan asid lemak omega-3. 

Nutrien ini membantu kurangkan keradangan dan seimbangkan penghasilan minyak pada kulit kepala.

Bukan itu saja, lemak sihat ini juga bantu melembapkan kulit dari dalam, sekali gus elak kulit kepala jadi kering dan mengelupas

2. Kacang dan bijian

Almond, walnut dan chia seed antara pilihan terbaik untuk atasi kelemumur. 

Semua bijirin ini kaya dengan zink dan vitamin E yang membantu lindungi kulit kepala daripada stres oksidatif dan mempercepatkan proses pemulihan kulit.

MENARIK DIBACA: Daun kesum boleh hilangkan kelemumur, bantu cegah penuaan

MENARIK DIBACA: Cuka epal ubat mujarab atasi kelemumur, rahsia rambut lebat berkilat

3. Sayur berdaun hijau

Jangan pandang rendah sayur hijau seperti bayam, kale dan bok choy.

Ia penuh dengan zat besi, vitamin A dan antioksidan yang bantu menyuburkan folikel rambut serta mempercepatkan pemulihan kulit kepala yang bermasalah.

4. Makanan probiotik

Yogurt, kimci dan miso ialah makanan probiotik yang penuh dengan bakteria baik yang membantu kurangkan kulat penyebab kelemumur (Malassezia) dengan menguatkan sistem imun badan.

Vitamin C membantu penghasilan kolagen.

5. Buah kaya vitamin C

Buah seperti oren, kiwi, strawberi dan jambu batu bukan sekadar sedap dimakan, tapi kaya vitamin C yang penting untuk kesihatan rambut.

Vitamin C membantu penghasilan kolagen dan meningkatkan penyerapan zat besi.

6. Avokado

Avokado kaya dengan lemak sihat dan vitamin E, ia bantu tingkatkan keanjalan kulit kepala dan kurangkan iritasi.

Kalau amalkan makan avokado, folikel rambut pun akan lebih sihat dan kuat.

7. Kunyit dan halia

Kunyit mengandungi kurkumin dan halia pula ada gingerol iaitu sebatian anti-radang semula jadi.

Kedua-duanya bantu tenangkan keradangan kulit kepala dan berpotensi kurangkan pertumbuhan kulat jika diamalkan secara konsisten dalam pemakanan harian.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Rahsia orang Jepun kurus walau makan nasi 3 kali sehari, kadar obesiti antara terendah di dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Pakar tegaskan telur bukan punca luka pembedahan bernanah - "Mitos terbesar aku pernah hadap"

Terhangat