info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Pesakit buah pinggang tak disaran makan belimbing, individu sihat jangan ambil berlebihan

Lead Image

BUAH belimbing atau juga dikenali sebagai belimbing besi terkenal sebagai antara buah tropika yang kaya dengan vitamin dan mempunyai rasa masam manis yang menyegarkan. 

Di sebalik khasiatnya, tidak semua individu sesuai menikmati buah ini khususnya penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) selain mereka yang sedang menjalani rawatan dialisis.

Ramai tidak sedar belimbing mengandungi toksin semula jadi dikenali 'caramboxin' yang boleh memberi kesan serius kepada sistem saraf. 

Bagi individu yang mempunyai fungsi buah pinggang normal, toksin ini dapat ditapis dan disingkirkan daripada badan.

Antara gejalan keracunan belimbing yang boleh berlaku seperti loya dan muntah-muntah.

Sebaliknya, bagi pesakit buah pinggang, toksin tersebut boleh terkumpul dalam darah dan otak, sekali gus meningkatkan risiko keracunan yang boleh menyebabkan cegukan berpanjangan, muntah, kekeliruan, sawan, koma malah berisiko maut.

Bagi individu yang sihat pula, pengambilan belimbing secara sederhana biasanya tidak mendatangkan masalah. 

Bagaimanapun elak mengambilnya secara berlebihan atau ketika perut kosong kerana kandungan oksalat yang tinggi tetap boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Selain itu ia juga boleh meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang akut, termasuk dalam kalangan individu yang sebelum ini tidak mempunyai masalah buah pinggang. 

MENARIK DIBACA: Hidang bufet dalam sungai nampak 'cool', ramai juga risau risiko kesihatan

MENARIK DIBACA: Kerajaan diminta kaji cadangan restoran beri air kosong percuma, galak rakyat amal pemakanan sihat

Justeru, orang ramai perlu lebih peka terhadap risiko pengambilan buah ini dan tidak menganggap semua buah-buahan selamat untuk dinikmati tanpa had.

Keracunan belimbing boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas pengambilan buah atau jusnya.

Antara gejala yang sering dilaporkan ialah:

  • Cegukan yang berterusan dan sukar dihentikan.
  • Loya dan muntah-muntah.
  • Kekeliruan, meracau atau perubahan tingkah laku.
  • Kejang atau sawan.
  • Penurunan tahap kesedaran sehingga koma.
  • Dalam kes yang teruk, boleh membawa kepada kematian jika tidak menerima rawatan segera.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Pakar AS saran 5 rambutan seminggu baik untuk kesihatan - "Orang Malaysia makan selagi tak batuk"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Rahsia orang Jepun kurus walau makan nasi 3 kali sehari, kadar obesiti antara terendah di dunia

Terhangat