info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ghee bantu naikkan selera makan si kecil, ibu boleh letak dalam nasi

Lead Image

KANAK-kanak memang susah nak makan nasi putih, kadang-kadang mereka lebih gemar memilih makan lauk sahaja berbanding menghabiskan nasi di dalam pinggan.

Keadaan itu membuatkan ibu bapa buntu mencari cara untuk menggalakkan anak makan nasi supaya mendapat nutrisi secukupnya.

Menurut perkongsian seorang pengguna Threads, menambah ghee atau minyak sapi pada nasi mampu menaikkan keenakan nasi putih sekali gus membantu membuatkan anak makan dengan lebih berselera.

Perkongsian itu mencuri perhatian netizen.

"Ni trik saya amalkan untuk jaga perut anak tak cepat meragam. Saya percaya 'healthy gut' bermula daripada pemakanan. Saya dah lama amalkan ghee dalam nasi," katanya.

Tambahnya, petua yang dipelajari daripada seorang pakar perubatan itu membantu memberikan hasil yang baik sehingga menjadi rutin dalam penyediaan makanan anaknya.

"Ghee ni wangi aromanya dan ada lemak sihat. Nak sedap lagi padankan dengan lauk 'homecooked' dan bersuap.

MENARIK DIBACA: Cara masak nasi guna 'microwave'... Jimat masa, dah tak perlu bersusah sental periuk

MENARIK DIBACA: Tak sekadar harum, lambat basi... Masak nasi letak bawang putih bantu buang angin dalam badan

"Tak sia-sia 'follow' Dr Razin Jaafar dari dulu. Ni dah botol kelima saya dengan 'ghee grass-fed' ni," tulisnya lagi.

Ghee ialah mentega yang dipanaskan sehingga kandungan air dan pepejal susu dipisahkan, menghasilkan lemak tulen dengan aroma yang lebih harum

Bahan ini mengandungi lemak sihat sebagai sumber tenaga, serta vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K yang menyokong pertumbuhan, kesihatan tulang, mata dan sistem imun.

Ghee juga mengandungi asid butirik (butyrate) yang dipercayai membantu mengekalkan kesihatan usus dan menyokong proses penghadaman.

Ghee mengandungi lemak sihat sebagai sumber tenaga, serta vitamin A, D, E dan K.

Cara menambah ghee dalam nasi:

  1. Basuh beras seperti biasa.
  2. Masukkan kira-kira ½ sudu ghee ke dalam beras yang telah dibasuh.
  3. Gaulkan sehingga ghee sebati dengan beras dan air.
  4. Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Kulit, lemak ayam jangan buang! Buat minyak sendiri, bantu tambah selera makan anak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Keliru nak pilih papan pemotong kayu atau plastik? Ini penjelasan berdasarkan kajian

Terhangat