info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Isi tak banyak, tapi leher ayam tinggi kolagen sama seperti bahagian kaki

Lead Image

BAHAGIAN organ dan sisa potongan ayam seperti kaki, pedal dan hati mempunyai penggemarnya tersendiri.

Bagaimanapun, jangan dilupakan bahagian leher ayam yang juga dianggap salah satu anggota istimewa, malah turut memiliki kelebihan dan manfaat.

Maka tidak hairanlah terdapat pasar raya yang menjual bahagian leher ayam, kerana memiliki permintaan dalam kalangan penggemar.

Leher goreng tepung menjadi antara jualan popular di pasar malam.

Isi pada leher ayam memang tidak sebanyak atau setebal bahagian seperti dada ayam, namun hasil kajian menunjukkan ia sangat kaya nutrisi dan kolagen, malah menyamai matriks kolagen dengan kaki ayam.

Antara kelebihan pada bahagian leher ayam adalah seperti berikut:

1. Tinggi kolagen

Hampir sama seperti kaki ayam, struktur rawan dan kulit pada leher ayam mengandungi matriks kolagen yang sangat tinggi.

Kandungan kolagen ini sangat penting untuk menjaga keanjalan kulit, mengurangkan kedutan serta menyokong kesihatan kuku dan rambut yang sihat.

MENARIK DIBACA: Wanita terkilan, dakwa warga Indonesia 'ceroboh' majlis kahwin sebab nak makan percuma

MENARIK DIBACA: Ketahui jenis pisang tak sesuai buat kek dan 'muffin', silap pilih bantat jadinya

2. Menjaga kesihatan sendi & tulang

Tisu rawan pada leher ayam kaya dengan glukosamin dan kondroitin. Apabila direbus lama, bahan-bahan ini terurai ke dalam kuah sekali gus membantu mengurangkan sakit sendi serta melambatkan kesan arthritis (radang sendi).

3. Kaya mineral penting

Rebusan tulang leher ayam membekalkan mineral makro seperti kalsium dan fosforus yang diekstrak keluar secara semula jadi. 

Mineral ini sangat diperlukan untuk mengekalkan kekuatan struktur gigi dan kepadatan rangka tulang manusia.

Kandungan glukosamin dan kondroitin pada leher ayam membantu mencegah masalah sakit sendi.

4. Pilihan diet menjimatkan

Leher ayam menawarkan alternatif protein yang padat gizi dengan kos yang amat minimum. 

Ia membolehkan anda menikmati hidangan berasaskan 'bone broth' dengan rasa premium tanpa perlu berbelanja besar.

Selain dijadikan sup, leher ayam juga enak dijadikan hidangan ringkas seperti goreng celup tepung atau masakan berkuah seperti kari dan dalca.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Sama tapi tak serupa! Ini perbezaan keledek oren, ungu, kuning dan putih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Sering dianggap ‘ubat ajaib’... Ini 5 perkara tentang kurkumin dalam kunyit ramai tak tahu

Terhangat