6 tip pemakanan untuk awet muda! Ketahui waktu terbaik sarapan, makan tengah hari dan malam
RAMAI sangka nak nampak lebih muda daripada usia perlu berbelanja besar untuk membeli produk penjagaan kulit.
Sebenarnya, perubahan pada rutin harian juga boleh memberi kesan kepada kesihatan dan penampilan seseorang.
Seorang individu berkongsi saranan seorang doktor yang aktif membuatkan perkongsian kesihatan di media sosial iaitu Dr Mani untuk tujuan tersebut.
Antara tip penjagaan kesihatan dicadangkan adalah dengan mengurangkan kadar pengambilan gula, tepung putih dan nasi ketika sarapan, juga mengambil probiotik.
Menurut individu ini, mengamalkan tip ini secara konsisten selama tiga bulan akan memperlihatkan perubahan nyata.

"Kadang rahsia awet muda bukan 'skincare', tapi pada rutin selalu dipandang ringan. Antara kelebihan probiotik tak ramai tahu adalah ia membantu melegakan perut dan buang angin.
"Probiotik juga membantu menguatkan imun untuk elak mudah sakit, kulit lebih sihat serta berseri, emosi stabil serta tidur lebih nyenyak dan berat badan terkawal," katanya di Threads.
Berikut 6 rutin yang dikongsi untuk membantu menjadikan kulit seseorang nampak lebih muda berbanding usia.
1. Gula
Mengurangkan makanan dan minuman tinggi gula tambahan merupakan salah satu langkah untuk menjaga diet harian. Pengambilan gula secara berlebihan boleh menyumbang kepada pengambilan kalori yang tinggi.
2. Tepung putih
Tepung putih digunakan dalam pelbagai makanan seperti roti, pastri dan kuih-muih. Mengurangkan pengambilan makanan berasaskan tepung yang tinggi gula atau lemak boleh membantu seseorang mengamalkan pemakanan lebih seimbang.
MENARIK DIBACA: Buat masker guna lobak merah, tepung jagung... Rahsia kulit cerah secara semula jadi
MENARIK DIBACA: [V] Masalah kolesterol buka mata Zul Huzaimy... Mula amal minyak kelapa dara, banyak makan ulam-ulaman
3. Sarapan nasi
Dalam perkongsian itu, individu berkenaan mencadangkan supaya nasi tidak diambil ketika sarapan. Bagaimanapun, nasi bukan makanan yang perlu dielakkan semata-mata untuk kelihatan lebih muda. Jumlah serta keseimbangan keseluruhan makanan lebih penting dalam pemakanan harian.
4. Makan tengah hari
Waktu ini biasanya berada di pertengahan hari dan boleh menjadi waktu untuk mendapatkan hidangan utama seimbang, termasuk sumber karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.

5. Makan malam
Makan lebih awal memberi jarak masa lebih panjang sebelum tidur. Bagi sesetengah individu, makan malam lebih awal juga boleh membantu mengelakkan tabiat mengunyah atau mengambil makanan berat pada lewat malam.
6. Probiotik
Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang membantu mengurangkan masalah angin dalam perut, menyokong sistem imun, menjaga kesihatan kulit serta membantu 'mood' baik dan tidur.