Label 'less sugar', hakikatnya tinggi gula! Ini cara kenal pasti yogurt 'sihat'
RAMAI memilih untuk makan yogurt kerana menganggap makanan ini sihat.
Hakikatnya tidak semua yogurt yang dianggap mengandungi tinggi nutrisi benar-benar berkhasiat.
Di Threads seorang lelaki berkongsi tip mudah untuk membaca label pada yogurt supaya pengguna tidak tersalah memilih produk yang sebenarnya tinggi gula.
Menurutnya, pengguna tidak seharusnya terpengaruh dengan pembungkusan menarik di bahagian hadapan produk.
Sebaliknya, adalah lebih baik memeriksa maklumat pemakanan yang tertera di bahagian belakangnya.

"Banyak yogurt 'sihat' sebenarnya duduk dalam kategori dessert.
"Periksa bahagian belakang. Abaikan depan walaupun packaging kata less sugar," tulisnya.
Dia menjelaskan bahawa pada label pemakanan terdapat bahagian total sugars yang merangkumi gula semula jadi daripada laktosa.
Justeru, pengguna perlu memberi perhatian kepada baris yang ditulis 'includes added sugars' kerana bahagian itu menunjukkan jumlah gula tambahan dalam sesuatu hidangan.
MENARIK DIBACA: 3 kebaikan makan yogurt 'homemade'... Ini cara mudah penyediaan, nikmati tanpa ragu
MENARIK DIBACA: Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'
Menurut perkongsian tersebut, pengguna disarankan meletakkan semula produk sekiranya kandungan gula tambahan melebihi 10 gram bagi setiap hidangan.
Antara tip yang dikongsikan ialah menyasarkan produk dengan 0 gram gula tambahan, mengelakkan produk yang mengandungi sirap dan memilih yogurt dengan gula tambahan di bawah 5 gram bagi setiap hidangan.
Bagi mendapatkan rasa manis, pengguna juga boleh menambah sendiri bahan seperti madu atau buah-buahan apabila yogurt sudah dibawa pulang.
Dengan cara itu, pengguna dapat mengetahui dengan lebih jelas jumlah pemanis yang ditambah ke dalam hidangan masing-masing.