info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

5 pilihan buah kaya nutrien, baik dimakan masa musim jerebu

Lead Image

JEREBU bukan sahaja menjejaskan kualiti udara di Malaysia malah boleh memberi kesan kepada kesihatan terutama sistem pernafasan.

Selain mengurangkan aktiviti luar, orang ramai juga disarankan menjaga pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat termasuk buah-buahan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi panduan 'Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu', pengambilan makanan berkhasiat penting bagi membantu tubuh mendapatkan zat yang diperlukan ketika keadaan berjerebu.

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan boleh membantu menyokong sistem imun serta kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Antara buah-buahan yang boleh dijadikan pilihan ialah:

Oren kaya dengan vitamin C yang membantu menyokong sistem imun tubuh.

1. Oren

Oren kaya dengan vitamin C yang membantu menyokong fungsi sistem imun serta melindungi sel tubuh daripada kerosakan.

Jambu batu tinggi vitamin C yang baik untuk kesihatan tubuh.

2. Jambu batu

Jambu batu merupakan antara buah yang tinggi kandungan vitamin C yang membantu memenuhi keperluan nutrien harian bagi menyokong kesihatan tubuh.

Betik mengandungi vitamin A yang membantu menjaga kesihatan mata.

3. Betik

Betik mengandungi vitamin C dan beta-karotena yang boleh ditukarkan kepada vitamin A dalam tubuh dan menjaga kesihatan mata.

Tembikai tinggi kandungan air yang membantu mengekalkan hidrasi tubuh.

4. Tembikai

Tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi dan boleh membantu memenuhi keperluan cecair tubuh terutama ketika cuaca panas. 

Epal mengandungi serat dan antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh.

Epal mengandungi serat dan pelbagai sebatian antioksidan yang membantu menyokong kesihatan tubuh secara keseluruhan.

MENARIK DIBACA: 7 jenama coklat Malaysia dengan rasa, kualiti terbaik setanding produk koko luar negara

MENARIK DIBACA: Pernah jadi makanan unik, netizen kongsi pengalaman makan telur penyu - “Macam hingus lembik”

Bagaimanapun, pengambilan buah-buahan bukanlah cara untuk mencegah kesan jerebu secara langsung.

Orang ramai disarankan memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), mengurangkan aktiviti fizikal di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan mendapatkan rawatan sekiranya mengalami kesukaran bernafas atau gejala yang serius.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

5 tip diet untuk selesai masalah buncit, harapkan 1 kaedah saja tak akan berhasil

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

5 'trend' diet ini mungkin tak sesuai dengan anda, jangan buta tuli ikut

Terhangat