Senduk kayu warna kehitaman... Jangan terus buang, cuba cuci dulu guna tip ini
SENDUK kayu yang sering digunakan ketika memasak lama-kelamaan boleh bertukar hitam dan baunya kurang menyenangkan.
Walaupun dah sental banyak kali, sisa minyak atau masakan yang melekat pada permukaan kayu kadangkala sukar ditanggalkan.

Menerusi perkongsian @kakwanikawan senduk kayu tersebut tidak perlu dibuang kerana ada petua mudah menggunakan soda bikabornat atau baking soda untuk membantu membersihkannya.
"Ada senduk kayu yang dah hitam, dan dah berbau masam tapi jangan buang. Boleh bersihkan dengan guna soda penaik," katanya.
Jom Kuali kongsikan petuanya:
MENARIK DIBACA: Tutup makanan, letak senduk atas lauk bukan suka-suka... Ada maksud dalam Islam
MENARIK DIBACA: Keliru nak pilih papan pemotong kayu atau plastik? Ini penjelasan berdasarkan kajian
- Sediakan bekas berisi air panas, kemudian masukkan satu sudu besar baking soda. Kacau sehingga larut.
- Rendam senduk kayu dalam campuran tersebut selama 15 minit bagi membantu melonggarkan sisa minyak atau bahan yang melekat.
- Selepas itu, gosok permukaan senduk secara perlahan menggunakan span untuk menanggalkan kotoran.
- Bilas dengan air bersih dan lap sehingga kering. Pastikan senduk kayu dikeringkan sepenuhnya sebelum disimpan bagi mengelakkan kelembapan terperangkap.