Hirup sikit-sikit atau cepat habiskan? Cara minum air manis beri kesan gula dalam darah, gigi
RAMAI gemar menghirup minuman panas seperti teh atau kopi sedikit demi sedikit demi menikmati rasanya sambil berehat atau melakukan kerja.
Ada juga mengambil masa berjam-jam untuk menghabiskan segelas minuman sejuk kegemaran.
Tabiat ini mungkin perlu diberi perhatian kerana ia mempunyai kaitan dengan kesihatan tubuh dan gigi manusia dalam jangka masa panjang.
Seorang pengguna Threads memuat naik satu hantaran berkaitan minuman manis yang didakwa lebih baik dihabiskan dalam tempoh singkat berbanding diminum sedikit demi sedikit.

"Saya pernah terbaca kalau minum air manis lebih baik habiskan cepat daripada minum sikit-sikit. Kenapa?" soal individu ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan dari aspek kesihatan termasuk kesan pengambilan minuman bergula terhadap gigi.
"Nak bagi sistem penghadaman rehat. Sebab air manis akan ganggu enzim dalam mulut dan insulin pada pankreas.
MENARIK DIBACA: Shell Cafe hargai bakat barista, ‘Jingle zest’ rekaan AI Syamil bawa tuah
MENARIK DIBACA: Sistem penyejukan puluhan pasar raya digodam! Suhu meningkat, makanan terpaksa dibuang
"Analogi macam memandu kereta atas lebuh raya lurus dan tak banyak kereta, akhirnya akan rasa penat biarpun tak mencabar. Sama juga dengan sistem penghadaman.
"Kalau dipendekkan, supaya air manis tak kena gigi banyak kali.

"Supaya gula tak tinggi dalam badan dan merehatkan pankreas. Kalau minum perlahan-lahan sedikit demi sedikit boleh menyebabkan insulin sentiasa dilepaskan untuk turunkan gula.
"Supaya insulin tak spike banyak kali dan bebas dari rasa penat, malas, serta asyik lapar," antara komen netizen.
Kekerapan gula bersentuhan dengan permukaan gigi dikatakan mampu meningkatkan risiko kerosakannya.
Ini kerana bakteria dalam mulut menggunakan gula untuk menghasilkan asid yang boleh menghakis enamel, iaitu lapisan pelindung luar gigi.
