info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Rupanya wujud ikan rasa macam ketam! Paling sesuai untuk individu alergi, malas kopek kulit

Lead Image

"BANYAK tulang tapi sedap!" 

Demikian antara komen warga maya selepas tular perkongsian mengenai sejenis ikan laut dikenali sebagai 'taufu fish' yang rasanya dikatakan sama seperti isi ketam.

Bagi mereka yang sukakan kemanisan isi ketam tetapi malas mengopek cengkerangnya yang keras, ikan taufu disifatkan sebagai alternatif terbaik..

Individu yang mempunyai alahan terhadap ketam juga boleh memilih pilihan ikan ini untuk menikmati rasa yang hampir sama.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang lelaki berkongsi pengalaman menikmati ikan berkenaan yang disifatkan sangat sedap jika dimasak mengikut selera tempatan.

"Kalau nak makan ketam tapi malas nak kopek boleh cuba ikan ni. Rasa sama macam isi ketam. Lebih-lebih kalau buat masak lemak cili api, memang terangkat!" tulisnya.

Ikan taufu sangat sedap jika digoreng atau dibuat masak lemak cili api.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai netizen sehingga ada yang teruja mahu mencubanya.

"Hari tu 'FOMO' (fear of missing out) nampak ikan ni kat pasar beli sebab kata rasa ketam lepas tu cuba goreng. Masa goreng anak dah cakap 'Mama bau ketamlah'. 

"Cuma ignore je la, tiba-tiba makan memang rasa ketam. Menyesal beli seekor je, pergi lagi tak jumpa dah.

MENARIK DIBACA: Kawan Cina kongsi teknik masak ikan stim kicap, wajib ada 4 bahan penting! Jadi 'sebiji' macam restoran

MENARIK DIBACA: Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli

"Saya alergik ketam. Kalau teringin ketam selalu beli kerisi. OK next saya nak cuba ikan ni," komen beberapa netizen.

Malah ada juga yang sempat mempengaruhi warganet lain dengan mencadangkan spesies lain yang dikatakan mempunyai rasa serupa dengan ketam.

"Cuba ikan biji nangka pula. Rasa lebih dekat dengan ketam," komen warganet.

Bagaimanapun di sebalik keunikan rasanya, tidak kurang juga ada yang mengeluh dan berasa rumit disebabkan tulang ikan tersebut agak halus.

Antara komen di Threads.

"Pernah cuba juga memang ada rasa isi ketam, cuma kena hati-hati dengan tulangnya.

"Sebagai peminat ketam memang rasa nak cuba tapi bila baca komen kata banyak tulang, aku lebih rela kopek isi ketam daripada asingkan tulang halus dari ikan," kata beberapa lagi netizen.

Sementara itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan yang masih belum mengenali spesies ikan berkenaan, seorang warga maya turut tampil memberikan penjelasan.

"Ikan Jepun (yellowtail fussilier, genus Caesio) iaitu sejenis ikan terumbu, sebab tu susah jumpa yang segar di Lembah Klang/pantai barat ni. 

"Memang sedap, manis, isi kenyal tapi lembut macam ketam. Kat Pantai Timur dan utara rasanya dipanggil ikan delah. Kat Sabah pula dipanggil ikan sulig, lebih popular dan segar di sana," komennya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Minum kopi, teh terlalu panas cetus risiko kanser esofagus... Berapa suhu selamat?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Beras basmati dianggap tak ‘ngam’ dengan masakan Melayu, semua sajian jadi tak sedap!

Terhangat