info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Minum kopi, teh terlalu panas cetus risiko kanser esofagus... Berapa suhu selamat?

Lead Image

BAGI sesetengah orang, menikmati secawan teh atau kopi lebih puas dan nikmat jika diminum ketika panas.

Bagaimanapun, tabiat minum minuman pada suhu terlalu panas mungkin membawa risiko kepada kesihatan.

Satu kajian dari United Kingdom (UK) mendapati teh dan kopi yang diminum pada suhu sangat panas secara kerap boleh meningkatkan risiko kanser pada salur makanan atau lebih dikenali esofagus.

Memetik laporan BBC, kajian yang melibatkan hampir sejuta individu itu dikatakan antara kajian terbesar setakat ini yang melihat kaitan antara suhu minuman dan risiko kanser tersebut.

Dalam kajian itu, individu yang gemar mengambil minuman pada suhu sangat panas mempunyai risiko kira-kira tiga kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser esofagus berbanding mereka yang minum teh atau kopi pada suhu suam.

Bagaimanapun pakar menegaskan bahawa risiko keseluruhan untuk mendapat kanser jenis ini masih rendah.

Menambah susu ke dalam kopi dapat menurunkan suhunya sedikit tetapi ia mungkin terlalu panas untuk diminum.

Minuman 'berasap' boleh mencederakan sel

Menurut penyelidik, cecair yang terlalu panas boleh merosakkan lapisan sel pada salur makanan ketika ia mengalir menuju ke perut.

Kajian oleh penyelidik Universiti Oxford yang diterbitkan dalam 'International Journal of Cancer' itu menjelaskan minuman pada suhu 65 darjah celsius atau sangat panas berpotensi membawa risiko tersebut.

Data daripada 977,282 lelaki dan wanita berusia pertengahan turut menunjukkan pengambilan enam atau lebih minuman panas sehari boleh meningkatkan risiko berkenaan.

Walaupun menambah susu ke dalam teh atau kopi mungkin dapat menurunkan suhunya sedikit tetapi penyelidik berkata minuman berkenaan masih boleh menjadi terlalu panas untuk diminum.

Sebagai gambaran, teh yang baru disediakan sejurus air dalam cerek mendidih boleh mencapai suhu sekitar 100 darjah celsius.

Selepas dituang ke dalam cawan suhu biasanya turun kepada sekitar 90 hingga 95 darjah celsius.

Justeru, adalah lebih baik menunggu beberapa minit sebelum minum bagi membolehkan suhunya turun ke tahap lebih selamat.

Airyang baru disediakan sejurus selepas cerek mendidih boleh mencapai suhu sekitar 100 darjah celsius.

Suhu 70 darjah celsius dianggap terlalu panas

Menurut ketua penyelidik, Dr Keren Papier, kajian terdahulu di Amerika Selatan turut menunjukkan terdapat perkaitan sama antara minuman panas dan kanser esofagus.

Di benua tersebut, ramai individu gemar menikmati minuman herba yang dikenali sebagai 'mate' pada suhu sangat panas.

Bagaimanapun, beliau berkata lebih banyak kajian diperlukan untuk mengenal pasti dengan tepat suhu minuman yang berkait dengan peningkatan risiko kanser tersebut.

Satu kajian berasingan yang melibatkan 118 golongan dewasa muda pula mendapati kebanyakan peserta hanya menganggap minuman kopi hitam sebagai terlalu panas apabila suhunya mencecah 70 darjah celsius atau lebih.

Menurut sebuah pengeluar cawan pakai buang, suhu ideal bagi kopi panas yang diminum ketika dalam perjalanan adalah antara 49 hingga 60 darjah celsius.

Jika pelanggan meminta kopi yang lebih panas dan mahu minuman itu kekal panas lebih lama, ia boleh dihidangkan pada suhu melebihi 82 darjah celsius.

MENARIK DIBACA: Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli

MENARIK DIBACA: Wanita rindu susu segar UK hantar depan pintu rumah, beli 'fresh milk' tempatan rasanya jauh beza!

Risiko keseluruhan masih rendah

Penyelidik menganggarkan satu atau dua daripada setiap 10 kes kanser esofagus mungkin dapat dielakkan sekiranya individu berhenti mengambil minuman yang terlalu panas.

Kanser esofagus iaitu jenis 'squamous cell' merupakan penyakit yang jarang berlaku dan hanya melibatkan beberapa ribu kes setahun.

Di UK, kira-kira satu peratus daripada populasi mempunyai risiko sepanjang hayat untuk didiagnosis dengan jenis kanser ini.

Ini bermakna, walaupun minuman yang terlalu panas mungkin meningkatkan risiko seseorang, kebarangkalian untuk mendapat kanser berkenaan masih rendah.

Pada masa sama, terdapat faktor lain yang mempunyai kaitan lebih besar dengan kanser esofagus termasuklah merokok.

Antara simptom kanser esofagus adalah pedih ulu hati, masalah penghadaman atau sakit pada tekak dan dada selain penurunan berat badan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ramai sangka kod rahsia! Ini sebab warna penutup botol air beza-beza

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Rupanya wujud ikan rasa macam ketam! Paling sesuai untuk individu alergi, malas kopek kulit

Terhangat