Ramai sangka kod rahsia! Ini sebab warna penutup botol air beza-beza
PERNAH tak ketika membeli air mineral atau minuman dalam botol, anda tertanya-tanya mengapa warna penutupnya berbeza?
Ada yang berwarna biru, hijau, putih, hitam, merah dan kuning.
Menurut Knowledge Explaining, terdapat dakwaan bahawa setiap warna penutup mempunyai maksud tertentu dan menunjukkan jenis air yang terdapat di dalam botol.
Bagaimanapun, adakah dakwaan itu benar? Jawapannya tidak semestinya.
Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah tiada kod warna universal untuk penutup botol air.
Ini bermaksud, setiap warna boleh berbeza mengikut jenama, negara dan rangkaian produk.

Warna penutup botol boleh digunakan oleh pengeluar sebagai cara untuk membezakan produk, membina identiti jenama atau memudahkan pengguna mengenali sesuatu produk dalam rangkaian yang sama.
Sebagai contoh, sesetengah pengeluar mungkin menggunakan warna hijau untuk produk berperisa, biru bagi air minuman biasa dan hitam pula untuk produk premium atau air alkali.
Manakala, penutup bewarna putih pula digunakan pada produk air yang ditapis.
MENARIK DIBACA: Baki 'fresh milk' jangan dibuang, boleh buat kek susu puding... Mudah, cuma guna bahan ringkas
MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep
Begitu juga warna merah dan kuning yang mungkin digunakan pada sesetengah produk untuk menggambarkan minuman elektrolit, sukan, vitamin atau yang diperkaya dengan nutrien.
Tetapi perlu diingat, penggunaan warna-warna tersebut tidak bermaksud ia mempunyai maksud yang sama bagi semua jenama.

Malah, produk dengan warna penutup yang sama tidak semestinya mempunyai kandungan atau kategori air yang serupa.
Jadi, jika anda ingin mengetahui jenis air yang sebenarnya diminum, jangan hanya bergantung kepada warna penutup botol.
Sebaliknya, periksa label pada botol termasuk nama produk, jenis air, ramuan serta maklumat pemakanan yang dinyatakan oleh pengeluar.
Pendek kata, warna penutup mungkin menarik perhatian dan membantu kita membezakan produk tetapi ia bukan 'kod rahsia' yang boleh menentukan kandungan air secara universal.
Jadi, lain kali apabila mengambil sebotol air dari peti sejuk, bolehlah perhatikan warna penutupnya tetapi jangan lupa baca label juga!