info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Dapur penuh stok bahan masak rupanya idaman mak-mak, ramai mengaku ada 'kedai runcit' di rumah

Lead Image

DAPUR yang penuh dengan stok bahan masakan sememangnya menjadi impian para suri rumah. 

Mana tidaknya apabila semua keperluan memasak tersedia di depan mata, urusan memasak pastinya menjadi lebih mudah dan tidak perlu lagi kelam-kabut keluar membeli barang setiap kali bahan tidak mencukupi.

Malah, ada yang menganggap memiliki stok bahan masakan yang lengkap umpama mempunyai kedai runcit sendiri di rumah.

Di Threads, seorang wanita Nurulnabihanazmi berkongsi keadaan dapur rumahnya yang dipenuhi pelbagai jenis barangan keperluan memasak sehingga mencuri perhatian ramai.

Apa yang menarik perhatian, dapur berkenaan dilihat mempunyai stok sos, kicap, pes masakan, stok perencah, mi segera dan banyak lagi bahan lain.

"Rumah saya siap ada kedai runcit macam ini, senang nak masak. Mana dapur korang pula?" tulisnya.

Antara bahan-bahan stok dapur yang disimpan.

Di ruangan komen, ramai netizen teruja melihat dapur penuh dengan pilihan bahan masakan, malah menganggap ia satu kemudahan kerana tidak perlu bersusah payah mencari bahan ketika memasak.

Ada juga warga maya meluahkan rasa teruja melihat dapur sebegitu kerana menganggap ia satu perkara yang cukup membahagiakan bagi seorang suri rumah.

"Wah dapat dapur penuh barang macam ini dah membahagiakan sangat dah kalau suri rumah macam kita ini.

"Kedai runcit mini di dapur sendiri. Bestnya senang nak masak. Capai sahaja tak payah bayar dah, mesti rajin masak untunglah!

MENARIK DIBACA: Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan

MENARIK DIBACA:Sagu mangga isi melimpah, rasa manis berlemak... Setiap suapan cukup nikmat

"Ini kalau tengah masak tiba-tiba bahan tak cukup, pusing belakang sahaja terus jumpa. Dah macam mini mart betul dapur ini haha," antara komen netizen.

Siapa sangka, perkongsian itu turut mengundang wanita lain tampil mengakui mereka juga mempunyai 'kedai runcit' sedemikian di rumah.

"Kalau Malaysia kena serang zombi, insyaAllah bertahan dalam dua bulan.

"Pantri jenis open concept, senang nak pantau kalau stok barang habis," komen warganet sambil berkongsi dapur masing-masing.

Beberapa gambar perkongsian warganet lain yang turut memaparkan stok barangan dapur di rumah masing-masing.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sendiri apabila menyimpan terlalu banyak stok barangan dapur sehingga ada yang terlupa dan akhirnya tamat tempoh.

"Saya pernah buat pantri macam ini. Alih-alih nak masak tengok-tengok keledek dah jadi pokok, bawang dah ada daun, sardin tiba-tiba luput tarikh. Nasib laki tak azan kat telinga ini.

"Bawang saya ada lima biji pun boleh tumbuh daun.

"Saya kalau macam ini tengok-tengok ini luput itu luput. Sedangkan serbuk cili pakai hari-hari pun saya tak perasan yang dia dah lima bulan luput. Banyak serbuk yang dipakai tak habis dah luput padahal selalu pakai. Tak fahamlah," komen beberapa netizen.

Ketika ramai individu berpendapat menyimpan stok dalam kuantiti banyak adalah sesuatu yang mudah dan praktikal, ada yang mengakui lebih selesa membeli barangan dapur sedikit demi sedikit kerana bimbang tidak sempat menghabiskannya.

"Bagusnya macam ini tapi saya tak boleh. Banyak barang begini cepat memeningkan sebab takut tak guna dan tak habis. Jadinya kita beli sikit-sikit sahaja," komen salah seorang warganet.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Beli barang harian di foodpanda diskaun sehingga 50 peratus! Mudah dan menjimatkan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Restoran Jepun ambil pesakit demensia jadi pelayan, pelanggan kena banyak bersabar

Terhangat